Thursday, September 18, 2014

Review Filem : Bhootnath Return




Hai..
korang suka tengok hindustan? kalau suka,admya ada satu filem untuk korang tonton




Sinopsis: Mengisahkan Hantu Nath(Bhootnath) kembali ke dunia untuk 
menebus kembali maruahnya yang tercalar disebabkan gagal menakutkan budak bernama Bakun. 


Bila dia kembali ke dunia, Bhootnath cuba untuk menakutkan budak sekali lagi namun, semua kanak-kanak yang dijumpainya tidak takut akannya. Kejadian jadi berubah bila dia bertemu Arkut yang boleh melihatnya. Mereka bekerjasama untuk menghalau di bangunan  yang tergendala pembinaannya. Bhootnath membantu agar Arkut dapat membantu ibunya mencari duit.Namun, mereka terlibat dengan pilihan raya untuk menentang Bhau yang jahat.


Filem ni penuh dengan mesej sosial antaranya:

  • masalah sosial yang dilanda India- kemiskinan,jenayah,
  • wakil rakyat yang tidak melakukan amanahnya yang diberikan rakyat
  • Pekerja yang curi tulang dan tidak membuat kerja
  • Rakyat yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengundi.

admya: filem kelakar yang penuh dengan mesej. Amitabh Bachchan memang legend. Shah Rukh Khan pun ada cameo dalam filem ni.
Korang mesti kena tonton Bhootnath.citer hantu kelakar

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq