Monday, April 7, 2014

Cinta, Sampaikan Kepada Dia


Cinta,

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dari dia menyintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si  dia, jangan mengingatku lebih dari mengingati Yang Maha Kuasa...
Tolong nasihati si  dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.

Tolong katakan pada  si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakan pada si dia,dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur  si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa,

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si diam tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.

Tolong sabarkan si dia, usah usap cinta di kala cita-cita belum terlaksana

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya.
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya.
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya.

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia.

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyolong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada dia, aku dambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Kuasa.
Cinta,
Tolong sampaikan kepada si dia,kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri,

Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia.
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagunganMu Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya. dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.
Simpanlah pesananku sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq