join admya di FB

Adaptasi Novel 13 Jam 380A


Peminat Evelyn Rose(The Wedding Breaker@Ariana Rose) nantikan satu lagi karya Evelyn yang bakal muncul di tv. 
Update:
Zul Ariffin confirm sebagai Syed Haydar.




Novel ini membawa kita  merasai perjalanan ke London. Cinta di awan biru terbit antara Syed Hydar dan Hana Sofea selama 13 jam perjalanan. Mereka mencipta memori-memori indah sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke London.
Namun, bila tiba di darat cinta itu hilang. Hana Sofea sedar yang cinta di awan biru itu cuma fantasi bukan realiti.
Selama 3 tahun,Hana hanya pengunjung setia twitter Syed Hydar mengharapkan mereka akan bertemu semula.Di london ,Hana berjumpa dengan keluarga jutawan gara-gara  seorang kanak-kanak bernama Emmel menyangka dia adalah ibunya. Hana bersetuju menjadi "ibu" Emmel bergaji agar dia boleh menampung kehidupannya sebagai pelajar di London. 
Fawwaz lelaki budiman dan alim telah 2 kali melamar Hana Sofea namun ditolak oleh ayahnya atas alasan  belajar. Kali ketiga ditolak juga kerana Syed Hydar telah muncul kembali dalam hidupnya. Ayahnya menyangka Syed Hydar calon suaminya.
Demi memiliki Hana Sofea,Syed Hydar telah membuka  aib kisah lama mereka. Fawwaz tidak dapat menerima dan cinta mereka berkubur. Hana Sofea belajar untuk menerima cinta Syed Hydar jika ia adalah anugerah dari Allah.


admya:
Ramai yang anggap novel ini adalah sambungan The Wedding Breaker. Ceritanya berbeza, cuma mungkin nampak sambungan sebab Hana sofea mendapat biasiswa dari Panglima Holding syarikat milik Tengku Adam Kamil,hehe
dan diceritakan sedikit tentang Tengku Adam Kamil dan Ariana Rose.




follow admya di facebook


Comments

  1. sekadar cadangan..syed haidar(Syahrul Rizdwan-faizal dlm LYMA)Fawwaz(Aeril Zafreil),Hana Sofea(Siti Saleha),Adik Fawwaz(Hafreez Adam),Emmel(Puteri balqis)..bakat-bakat yang fresh dan sedang meningkat naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri Balqis xleh jd Emmel sbb watak itu sesuai utk pelakon kecil dlm cite "Baby Ana Milik Siapa". Budak perempuan tu sweet n she can speak english. Watak Emmel perlukan seorang kanak2 perempuan yg manja dan sweet mcm watak baby.

      Delete
  2. rsa2 para pelakon dari drama bsiri ariana rose sb dorg g shooting kat london siap 2telefilem skali satu tajuk Hanya Atas Kertas yg lagi satu msih x letak tajuk lagi..
    bleh rujuk paper berita harian ahad 02 Feb sisipan BpoP..

    ReplyDelete
  3. Bestnya. Suka sangat dengan novel ni.

    ReplyDelete
  4. Bukan Linda ke yang dapat biasiswa dari Panglima Holding? By the way, memang tak sabar nak tunggu novel ni diadaptasikan! ^_^

    ReplyDelete
  5. i think if they take actor from this country for fawwaz,haydar&fido...mcm x bestla...

    ReplyDelete
  6. Linda yang dpt biasiswa bukan hana. Xpayah buat drama.. tak sanggup di'adaptasi' mcm ariana rose..

    ReplyDelete
  7. serius x payah... lagi pun.. novel ni sedap n akan kecewa kalau diadaptasikan..... n novel ni bnyak sangat unsur pengajaran.. tapi kalau x masukkan akan jadi x sedap....

    ReplyDelete
  8. ooo serius jgn diadaptasi. rosak mcm twb

    ReplyDelete
  9. Wah ini sudah bagus. Rezeki Evelyn Rose bertambah tahun ni. Harap-harap novel ke-3 'Abg Pilot" pula muncul versi cetak.

    Watak pemilihan hero kenalah yg sesuai dgn karekternya. Jgn main tangkap muat aje.. and harap jugak x lari dr novel asal.

    ReplyDelete
  10. Hana (NelydiaSenrose) , Syed Haydar (Nazim Othman ) It Just My Opinion . Emmel , Fawazz , Fido and bla-bla character tu I think they cannot simply take malaysian because semua ^bla-bla^ tu mix .. Dan Sepatutnya Novel 13 drama and TWB filem . Every reader TWB tahukan yg jln cerita TWB Pendek and 13 Banyak ? But siapalah kita nak complain , we juat penonton dan pengarah dah buat yang terbaik . Ariana Rose tu , bolee laa hari-2 trending twitter ♥

    ReplyDelete
  11. Nadiya Nisaa paling layak n paling sesuai jadi Hana Sofea.....

    ReplyDelete
  12. x payah di adaptasi buat sedih ja..

    ReplyDelete
  13. Cerita nie honestly awesome!
    DAEBAK!

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq