Thursday, February 28, 2013

Relax: Instant Hair(Lawak Antarabangsa)





Apa yang korang nampak?
Bagi yang tak faham, tengok berulang-ulang kali gambar mamat baju biru.
Udah-udahla tersenyum tu..
pegi sambung buat kerja.




Health Engineer

Tajuk je serius.Teruskan membaca.


In Japan, employees who clean the trash from the streets are not called "TRASHMEN". They are called "HEALTH ENGINEERS"!!! Because of this respect, Japan has the world cleanest streets.
And get this : How much are these Health Engineers paid? It's $8000 a month. Why? Because by law, there are 3 types of jobs that must get Double Payment, called the 3D's ; Dirty, Dangerous or Distant!
In Islam, each and every one of us must be a Health Engineer, because our Prophet taught us "Removing harm from the road is a Charity!
 
Kalau duit Malaysia,kira Health Engineer kat jepun dapat RM2500 sebulan. Student Malaysia kat Jepun selalu buat part time jadi Health Engineer.Gaji dia RM360 sehari. Sebab tu kat Jepun- keje kutip sampah dihormati.
Lagi, kalau kat Jepun -sampah kena asingkan -kaca,kertas, plastik. Ada sesetengah kawasan,sampah spt tin kosong,botol kena bersihkan dulu. Sampah kena asingkan ikut jenis yang tadi,ikat elok-elok.Kalau tak,health engineer ni takkan kutip.Dahla tak kutip,siap lekat sticker-peringatan lagi.
 
Kan bagus kalau macam ni kat Malaysia!Apa macam?Rasanya boleh tak?
 
tengok,makcik ni tengah asingkan sampah ikut jenis
 
 
 
 
 
 

Monday, February 25, 2013

Broken Vow Philipines Series TV3

 
Lama tak update Telenovela.Telenovel terbaru- Broken Vows akan datang di tv3. Drama Hits di Filipina.
 
Jumlah episode: 93
Pelakon: Bianca King, Gabby Eigenmann, Luis Alandy

Sinopsis:

Melissa Santiago (played by Bianca King) is a beautiful and street-smart woman who becomes the apple of the eye of Roberto Sebastian (played by Gabby Eigenmann), a rich councilor who falls madly in love with the unpretentious barrio lass. Despite the extreme difference in their lifestyles, the two manage to keep their relationship strong and even plan to get married. But the couple's fairytale romance is suddenly jeopardized when Melissa encounters a horrifying experience. One night, on her way home from work, a group of men, abducts her. Held hostage at an unknown place, Melissa is drugged and raped. Worse, she did not recognize the identity of her rapist. The news has spread in their town and it dragged Roberto's family into an unpleasant scandal.


In spite of the big controversy on his fiancé, Roberto stands by Melissa and vows to marry her. But on the day before their wedding, Melissa discovers she is pregnant. Devastated upon learning the truth, Roberto changes his mind and dumps Melissa on the day of their wedding.
With her perfect world turned into a nightmare, Melissa tried to jump off a bridge and end her life, only to be rescued by Felix Rastro (played by Luis Alandy). Regardless of her apprehension towards his kindness and concern, Felix is bent on winning her trust. Soon, Melissa falls for Felix, who loved her and her daughter Eva. Complications arise when Roberto re-enters the picture and asking for a second chance.



Kiranya Roberto dan Melissa yang saling mencintai,berjanji untuk berkahwin,Namun disebabkan peristiwa hitam Melissa(diculik dan dirogol penjenayah)Roberto meninggalkannya di hari perkahwinan mereka.Kesedihan Melisa terubat apabila Felix  hadir dalam hidupnya.Namun,di saat bahagia, Roberto muncul kembali memohon untuk diberi peluang kedua.

broken vows actor and actress

Watak:

 





  • Bianca King as Melissa Santiago - seorang gadis yang simple.Kehidupannya berubah bila peristiwa hitam berlaku


  • Luis Alandy as Felix Rastro -  lelaki yang menyelamatkan Melisa dari trauma


  • Gabby Eigenmann as Roberto Sebastian- seorang ahli politik,kekasih Melisa yang meninggalkan Melissa di hari perkhawinan mereka.
  • Rochelle Pangilinan as Rebecca Sta. Maria - bekas kekasih Roberto yang sanggup buat apa sahaja demi cintanya kepada Roberto

  •  



    Stereotype Drama Melayu.

     
     
    Korang setuju?Cuba kongsi stereotype lain dalam drama Melayu.



    11 cara tambah rezeki



    Assalammualaikum

    Pasti ramai tertanya-tanya nape tetiba artikel ini dibuat. Ada orang promote pada saya dapat duit dengan berfacebook dengan hanya bermodalkan RM100. Bukan tak nak percaya, tapi entah tak tergerak hati pun nak buat. 
    Di sini saya kongsikan 11 cara tambah rezeki.

    Jangan mengeluh jika rezeki tidak datang kepada anda. Percayalah rezeki itu akan hadir dalam pelbagai cara.Rezeki tak semestinya duit.Dapat kesihatan yang baik juga rezeki,senang hati,rasa bahagia juga rezeki. Buat apa duit yang banyak tapi hati tak tenang kan.

    1) Peliharalah hubungan dengan Allah.
    Inilah kunci utama. Tingkatkan iman dan taqwa.Rezeki datangnya dari Allah.Pelihara hubungan kita dengan Allah agar rezeki yang turun datang kepada kita.

    2) Perbanyakkan berdoa.
    Doa senjata orang Muslim. Jangan menjadi orang sombong dengan tidak berdoa. Walaupun kita telah miliki rezeki yang ingin kita perolehi,teruskan berdoa kerana ia satu tanda kita merendah diri pada Nya, sentiasa bersyukur dan semoga rezeki yang hadir pada kita berkekalan. Bukankah Kun fayakun- Jika Allah berkehendakkan sesuatu,maka ia akan terjadi.Jika kita kufur nikmat nanti mungkin satu hari nanti, nikmat rezeki kita mungkin ditarik.
    Jadi perbanyakkan berdoa.

    3)Perbanyakkan bersedekah
    Yang ni selalu dipertikai orang. Sudahlah duit cukup-cukup.Disuruh bersedekah pula,kan kurangkan harta tu.Duit RM50 jika dibawa ke pasar raya cukup kecil nilainya tapi jika dibawa ke tabung Masjid,sangat besar nilainya.Allah dah berjanji sesiapa yang mengorbankan hartanya ke jalan Allah,maka Allah akan mengantikkannya apa sahaja yang didermakan kepada jalanNya.

    4)Buat baik pada ibu bapa.
    Jika ibu bapa sudah tiada berbuat baik pada orang yang lebih tua.

    5)Perbanyakkan istigfar/zikir

    6)Laksanakan solah Dhuha

    7) Amalkan baca surah Al-Waqiah

    8)Beri makan pada haiwan

    9) Jangan menyeksa binatang

    10)Kekalkan siraturahim dengan orang lain.
    " Nabi s.a.w bersabda
    " Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki,dipanjangkan umur,maka hendaklah dia menjalinkan siraturrahim- HR Bukhari"

    11) Bayar zakat

    Inilah dia tips yang diberikan ilmuan Melayu lagi Muslim supaya menjadi panduan kepada kita semua.
    Selamat beramal.
    Sharing is caring:)

    Sunday, February 24, 2013

    Ranking Admya dalam dunia blog


    Assalammualaikum,
    Salam sayang buat semua,

    Ranking terkini admya@blogspot

    Admya.blogspot.com is ranked #375,831 in the world according to the three-month Alexa traffic rankings. Its visitors view 2.0 unique pages each day on average. Roughly 28% of visits to the site are referred by search engines, and the site has a bounce rate of roughly 53% Visitors to Admya.blogspot.com spend approximately 44 seconds on each pageview and a total of three minutes on the site during each visit.


    Jadi,kepada follower admya yang belum review blog admya boleh review kat SINI kerana review anda akan membantu meningkatkan ranking ADMYA. Target 100 review boleh bantukan!

    Friday, February 22, 2013

    Telemovie Destinasi Cinta Sara: Remy ishak dan Nadiya Nisa



    Assalammualaikum,

    Update:download link

    Nadiya dan Remy Ishak bergabung lagi selepas XOXO. Kali ini dalam Telemovie Sara o Sara.
    Update:
    Telemovie ni telah bertukar tajuk dari Sara O Sara kepada Destinasi Cinta Sara.
    Tarikh tayangan: 28/3/2013
    Waktu Tayangan: 9:30 mlm
    Channel: Astro Ria
    Para pelakon: Remy Ishak,Nadia Nissa, Alzana Nasir, Afiq Muiz,Mustapa Kamal.

    [Update]Sinopsis:
    Sara dan Liza adalah adik beradik. Sara bekerja di butik pengantin. Sara yang belum berkahwin sebenarnya memendam perasaan pada majikannya,Mikail.Di saat Sara ingin memberitahu pilihan hatinya, Liza menyatakan dia menyukai Mikail. Mengalah dengan adiknya,Sara bersedih kerana dia terpaksa melupakan cintanya pada Mikail.Pada masa yang sama,Sara berkenalan dengan Iman ketika dia berebut menaiki teksi.Iman yang tak percaya pada cinta mula tertarik pada Sara sejak dia mula membaca diari Sara yang tertinggal dalam teksi. Dalam mengubat hati yang lara,Sara banyak menghabiskan masa bersama Iman tanpa menyedari dia mencintai sebenarnya mencintai Iman berbanding Mikhail.
    Lagu tema:
    Najwa Latiff- Adamu
    Shae- Sayang

    Download
    Part 1
    Part 2
    Part 3

    Sneak peek Destinasi Cinta Sara


    semuanya bermula di sini.


    Mikail lelaki idaman Sara bakal menjadi adik iparnya.



    Adegan lucu-Sara lupa bukak helmet..hehe





    destinasi cinta saya adalah awak 






    Slot Aurora: Bunga Merah Punya



    Tayangan: Isnin selasa 8.30 malam
    TV9
    Lakonan: Izzue Islam,Sharifah Sakinah, Sura sojangi, Syazwan Zulkipli

    Sinopsis:
    Drama 13 episod terbitan Suhan Movies ini bermain dengan emosi yang melibatkan percintaan di mana ia menceritakan tentang Bunga yang diamanatkan untuk mencari Merah yang melarikan diri ketika usianya 10 tahun. Kisah mereka bermula apabila Merah yang dijaga oleh Tok Baen semenjak usia 3 tahun telah menemui seorang bayi perempuan yang ditinggalkan oleh seseorang di depan rumahnya. Tok Baen mengasuh bayi perempuan itu dan diberinya nama Bunga. Kehadiran Bunga merubah semula kemurungan Merah menjadi ceria. Merah sangat menyayangi Bunga. Kedegilan Merah yang tidak mahu ke sekolah dan tidak mahu dimarahi lagi oleh Tok Baen telah menyebabkan Merah lari daripada rumah dan tidak pernah kembali. Dapatkan Bunga menunaikan amanat Tok Baen untuk mencari Merah?



    Lagu tema: 
    Bunga Merah Punya
    Sampaikan rindu- best sangat lagu ni




    Slot Samarinda: Bangkitnya Seorang Perempuan


    Salam,
    Drama ini akan menyusul selepas Surat Dari Langit Biru
    Para pelakon: Alzana Nasir, Ryzal Jaafar, Afiq Muiz, Dynas Mokhtar, Eina Azman,Haleeda, Faradhiya,

    Sinopsis: 
    Kisah Bangkitnya Seorang Perempuan bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri.  Dia sering menjerit ketakutan seolah-olah dapat merasakan ada seseorang akan memperkosanya. Bila Mak Shidah(Haleeda)bertanya,Balqis menjawab Radzi.Sukar bagi Mak Shidah untuk menerima berita tersebut.
     
              Berita yang memalukan itu tersebar hingga ke satu kampung. Zila siap tokok tambah cerita bagi memalukan Balqis. Kemunculan Misya(Eina Azman) sedikit memberi kelegaan kepada Balqis. Misya mengajak Balqis berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia tidak sanggup melihat kawannya di perlakukan begitu. Walaupun tidak rela,Mak Shida bersetuju kerana ia jalan terbaik untuk Balqis memulakan kehidupan baru.
     
                  Setibanya di Kuala Lumpur, Misya mengajak Balqis untuk menjadi GRO kerana baginya Balqis mampu memikat ramai lelaki dengan paras rupanya. Menolak ajakan rakannya itu,Balqis tidak putus asa mencari pekerjaan Halal sehingga dia berjumpa Khatijah(Dynas) seorang pemilik bengkel.
    Simpati dengan nasib Balqis, Khatijah memberi pekerjaan sebagai mekanik kepada Balqis.  Misya menyindir Balqis kerana baginya pekerjaan mekanik tidak sepadan dengan Balqis.
    Di kampung, Mak Shidah terus dihina dan dicemuh. Mampukah Mak Shidah bertahan? Bagaimana dengan kehidupan Balqis sebagai mekanik?
     
    admya:
    Dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh.







    Slot Zehra :Kampung Girl





    Waktu Tayangan: Slot tayangan telah di tukar kepada slot zehra.
     Adaptasi Novel: Kampung Girl
    Jumlah episode: 13


    Sinopsis novel:
    PERKAHWINAN yang diatur oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampong itu?! Tidak mungkin.
    Hahahah Ashraf Khairi sepupu dengan Ainnur dan sejak kecik lagi dia memang tidak sukakan Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yg keluar dari mulut Ashraf bile bersama Ainnur.  Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari mummy Ashraf. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak ni.
    Identitinya yang belajar hingga keluar Negara dan bekerja sebagai cikgu bahasa inggeris di rahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Dia ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampong yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya Puan Mazlin…
    Ashraf yg bengang giler dengan persetujuan Ainnur telah gunakan setiausahanya untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain plak yg jadi bila terkantoi dengan Ainnur sebab setiausahanya tu kawan baik Ainnur hihihi. Ashraf dan Ainnur akhirnya ditunangkan dan akad nikah sebulan berikutnya. Dalam bencikan budak kampong, Ashraf terlalu cemburukan Faisal yang cintakan Ainnur. Ashraf terlalu ego hingga nafikan cemburu tu tandanya cinta.
    Cemburu Ashraf bertambah terhadap Ainnur bila Faisal menagih cinta Ainnur walaupun Ainnur hanya menganggap Faisal sebagai abang.  Ashraf bertambah terkejut bile mendapat tahu yang Faisal telah bertunang dengan Ain Airina iaitu bekas kekasihnya.  Faisal tidak sukakan Ain Airina dan mereka disatukan oleh keluarga.
    Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudiannya. Pada malam pengantin rahsia Ainnur yg berpendidikan terkantoi. Ashraf terlihat gambar graduation Ainnur di luar Negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tak pedulikan isterinya. Ainnur di penang dan Ashraf di KL.  Kawan serumah Ainnur nasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.
    Ats nasihat Adam iaitu abang Ashraf, Ashraf cuba untuk menerima Ainnur. Dia plak berusaha memikat semula hati Ainnur. Ainnur pelik dengan sifat romantic Ashraf terhadapnya. Ashraf amat pasti yg cintanya ada pada Ainnur. Mereka macam pasangan baru bercinta hahaha. Ashraf dan Ainnur akhirnya bersatu sebagai suami isteri yang sebenar. Larangan kedua belah pihak untuk bersabar sehingga hari persandingan diabaikan. Benda halal. Kampong girl n budak Bandar!
    Pada hari persandingan, Ainnur pengsan dan dia disahkan hamil. Ashraf happy giler. Keluarga mereka mengusik Ashraf yang tidak sabar tunggu hingga hari persandingan. Kampong girl yang amat dibenci menjadi orang yang amat dicintai oleh budak Bandar. So sweet. Faisal plak akan berusaha untuk terima Ain Airina dalam hidupnya.

    sinopsis credit to tahusumbat

    Download episode
    admya:
    harap drama ni ikut novel




    bergaduh ke?


    ainnur






    Download Cinta Kau dan Aku TV1





    Update ep 13-tamat

    Wednesday, February 13, 2013

    OST Rindu di Abu Dhabi



    Lagu utama- 
    Fahrin Ahmad- Siapa ingin membawa
    download mp3

    Lagu lain:
    Nora- Secebis Harapan
    Bob- Yang Bertahkta
    Nora - Ku Tak Pernah Jua



    Tuesday, February 12, 2013

    OST Sehangat Asmara episode 10


    Afgan feat Nagita
    Cinta itu Indah


    Nagita Slavina
    Tak pernah aku membayangkannya
    Bila insan sedang patah hati
    Kali ini ku rasakan sesungguhnya

    [Afgan]
    Siang hari ku bagaikan malam
    Pelangi pun berwana kan gelap
    Ini kah yang di namakan patah hati

    [Duo]
    Tak ingin ku jalani cInta yang begini
    Yang kutahu cinta itu indah
    Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
    Ku mau kau tetap disisiku

    [Afgan]
    Siang hariku bagaikan malam
    Pelangi pun berwarnakan gelap
    Ini kah yang dinamakan patah hati

    [Duo]
    Tak ingin ku jalani cInta yang begini
    Yang kutahu cinta itu indah
    Tak ingin ku rasakan jiwa yang tak tenang
    Ku mau kau tetap disisiku

    [Afgan]
    dan tak ingin ku rasakan
    jiwa yang tak tenang
    ku mau kau tetap disisiku
    [Nagita Slavina]
    Siang hariku bagaikan malam

    [Afgan]
    Pelangi pun berwarnakan gelap


    download mp3

    Saturday, February 9, 2013

    Slot arca: Drama Cinta Kau dan Aku



    Assalammualaikum,


    Tak sangka novel ni ke drama. Me memang minat baca novel ni.Best sangat. Al kisah si tomboy jatuh cinta dengan boss :)
    Lakonan: Fizz Fairuz, Sara Ali, Shakira Koriri,Dynas Moktar

    Saksikan bermula 15/2/2013 Khamis- Jumaat 10 malam. Ganti Trilogi Cinta 2


    Download semua episode






    Cerita ni bermula dengan seorang gadis yang cantik, baik dan namun keluarganya hidup dalam serba kekurangan setelah ayahnya meninggal dunia. Sejak itu dia mengubah penampilannya menjadi seorang yang kasar namun masih berbudi bahasa.
    Kemiskinan hidup mereka menyebabkan dia tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Namun kemudiannya dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah yang merupakan tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja.
    Namun tiada siapa yang menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Pantas sahaja lelaki itu bersetuju dan tindakannya itu benar-benar mengejutkan Risya yang kemudiannya hanya menurut kehendak ibunya. Mereka kemudiannya melayari bahtera hidup sebagai suami isteri yang bahagia. Apatahlagi baru merasai nikmat cinta setelah berkahwin meskipun adakalanya mereka bertelagah kerana sikap cemburu buta Farish Hakimi.
    Tetapi konflik mula berlaku setelah kehadiran keluarga dan bekas tunang Farish Hakimi ke rumah mereka. Mereka mula merancang niat jahat memisahkan pasangan itu dengan segalanya didalangi oleh bekas tunang dan adik Farish Hakimi sendiri. Perangkap di atur mereka seringkali gagal namun impian mereka jadi kenyataan bila satu hari Risya diperangkap bersama teman baiknya. Farish Hakimi yang sedang marah dan gagal mengawal perasaan terus menceraikan Risya tanpa usul periksa. Malah Risya juga terpaksa menerima hakikat dirinya keguguran anak sulong mereka. Ketika itu Farish Hakimi tanpa rasa bersalah berlepas ke UK meninggalkan Risya.
    Sangkaan mereka bahawa perpisahan jalan terbaik dalam hubungan mereka meleset. Mereka berdua tetap saling merindu meskipun tidak bertemu. Risya cuba bangkit apatahlagi dia ditawarkan menjadi model di Singapura. Namun ketika di lapangan terbang dia tanpa sengaja bertembung dengan bekas suaminya itu dan sejak itu mereka sering bertemu.
    Mampukah cinta mereka berdua kembali bertaut? Atau banyak lagi dugaan dan rintangan diaturkan adik perempuan Farish Hakimi dan bekas tunangnya untuk memastikan mereka takkan mungkin bersatu? Saksikan kesudahan drama bersiri Cinta Kau Dan Aku hanya di TV1.







    sedih betul babak ni bila baca dalam novel.-ep 8