join admya di FB

Slot Akasia: Cinta Jannah


Assalammualaikum,
update download links

Pada entri yang lepas, admya ada cerita pasal drama baru slot akasia berjudul Syurga Tanpa Bidadari.
Kini judul drama tersebut telah bertukar kepada Cinta Jannah dan pelakon utama lelaki juga yang diputuskan adalah Aeril Zafrel bersama Nelydia Senrose.
Entri yang lepas adalah maklumat awal drama sebelum shooting.


Cinta Jannah dijadualkan ditayangkan selepas Demi Dia-14 ogos ini.
Jumlah episode: 24


Lagu dalam drama:
Misha Omar -Angin Syurga
Erry Putra - Tidak-tidak
Music Background
Opick- Cahaya Hati

Tomok- Aku datang ep15
Erin feat Erry Putra- Berubah
Mark Adam - Pencuri ep 22

Sinopsis:

Abdullah memberitahu Jannah bahawa Suffian meminangnya. Jannah meminta pandangan daripada Balqis. Balqis memberitahu Nur Jannah agar tidak menolak tuah. Nur Jannah berbelah bahagi. Sumaiyyah mahu Abdullah mempertimbangkan semula cadangan menjodohkan Jannah dengan Suffian.
Jannah kemudiannya melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu menjadi isteri kedua Suffian. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai adiknya Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci bapanya kerana beliau begitu ingin anak lelaki untuk mendapatkankan harta pusaka milik ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah tiada hala tuju.Ketika itu, begnya diragut dan Jannah jatuh lalu pengsan. Secara kebetulan, Izaryl(Aeril) lalu di situ lalu membantu Jannah. Izaryl juga sedang berdepan dilema apabila dia perlu mencari isteri dalam 3 bulan bagi mengelakkan dirinya berkahwin dengan Damia,pilihan ibunya.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah,kononya yang dia telah memperkosa Jannah  semasa Jannah pengsan.Justeru itu, mereka terpaksa berkahwin.Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu,Ibu Izaryl Tengku Zareena(Dian P.Ramlee) berasa amat marah. Lalu, Tengku Zareena merancang bersama Damia untuk memisahkan mereka.

Berjayakah Damia menggoda Izaryl?Adakah terbit cinta antara Jannah dan Izaryl?









ep14



admya:
macam mana ye perasaan Jannah bila dapat tahu yang Izaryl membohonginya tentang perkahwinan mereka?

Comments

  1. tak ade episode 1 ke? terlepas tengok sbb pergi raya punya pasal lani!

    ReplyDelete
  2. drama cnta jannah nie diadaptasi dr novel k....? blh tau x ape tjuk novel 2...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bukan.sebab penerbit tak bagitau pun

      Delete
  3. yelah..macam cite yg diadaptasi drpd novel aje.

    ReplyDelete
  4. mcm dari noveltp bila cari mcm takde je mmmmm

    ReplyDelete
  5. Best la....tpi,lambatnya nk tunggu satu2 ep....

    ReplyDelete
  6. episod last khamis ari tu..ade lagu duet...bleh tahu lagu siapa dan tajuk ape??sedap la lagu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagu tu tajut 'kembali' nyanyian Akikm & Stacy..

      Delete
  7. boleh bagi tahu tajuk novel cinta jannahh ni...try searching x dapat pon...frust nie..nak p beli novelll..ples some body help me!!!!huhuhuhu


    ReplyDelete
  8. kisah culik2 anak tu aku x faham pon..pe kaitannya...bazir watak je..aduss...sweet nye Aeril punya senyuman...padan betul ngan Nelydia yg cantik & comel tu...suka betul tgok Nelydia tanpa make up...natural beauty

    ReplyDelete
  9. Penceraian damia & izaryl x sah sbb damia pregnant...sian jannah..airmata lg jadi peneman...agak2 cinta izaryl & jannah bertemu kembali di jannah kot...

    ReplyDelete
  10. best sangat cerita ni.. so romantis...huhuh... terima kasih sbb akak bagi link download.. walaupun saya tak sempat nak tengok kt tv.. saya boleh download kt sini.. terima kasih kak :)

    ReplyDelete
  11. Kak, lagu latar masa izaryl tjumpa janah dkt tadika tu apa tajuknya ya?

    ReplyDelete
  12. suka part Izaryl minta cium hehe...cute btul...memadai cium dahi Jannah je..

    ReplyDelete
  13. dgr kabar nelly berlakon dlm adaptasi bukan aku tak cinta..... iye ke? sapa heronya

    ReplyDelete
  14. Suka sssssdgt citer ni...hopefully ada cinta jannah session 2

    ReplyDelete
  15. Suka sssssdgt citer ni...hopefully ada cinta jannah session 2

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq