Monday, July 29, 2013

Drama Raya TV3





Slot Akasia: Wedding Breaker/ Ariana Rose







Assalammualaikum,

Tidak sabar rasanya menunggu novel Wedding Breaker didramakan. Drama ini dijadualkan ditayangkan pada 31/12/2013. Tajuk  drama pun telah bertukar kepada Ariana Rose.

BTS drama Ariana Ros-like FB WeddingBreaker
Jumlah episode :28

Telemovie Raya TV3: Hari Raya Cendawan.




Tarikh tayangan: Hari Raya Kedua
Waktu Tayangan: 4 petang


Sinopsis:
Cendawan mahu menyambut Hari Raya bersama keluarga seperti yang ditonton dalam tv. Cendawan tidak merasai kemeriahan sambutan Hari Raya bersama ibu bapa kerana mereka sibuk dengan kerja pada Hari Raya. Tahun ini,dia berhasrat mahu beraya bersama keluarga. Dengan bantuan kawan baiknya kangkung,cendawan mulakan rancangannya.
Pelakon: Rykal Iskandar, Ilham,Naim Daniel, Esma Daniel, Nur Khiriah.





admya:
kelakar betul tajuk dia. Kangkung dan cendawan adalah nama orang :).Asyik muka Rykal je Hari Raya ni

Telemovie: Abah tak balik Malam Raya



Tarikh tayangan: 8 Ogos 2013 Hari Raya Pertama
Waktu tayangan: 10:30 pagi
Penulis skrip: Mamabella


Sinopsis:
Basri merupakan anggota penyelamat yang berkahwin dengan Murni. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu Bobby dan zara. Malangnya Basri terkorban sehari sebelum bermulanya bula Ramadhan. Melihat adiknya yang selalu asma setiap kali merindui abah mereka. Zara selalu memujuk adiknya yang abah mereka akan pulang pada malam raya nanti. Bagaimana Bobby berdepan dengan realiti yang abahnya tidak mungkin akan pulang pada malam raya nanti?

Pelakon: Azhan Rani, Faezah Elai, Rykal Iskandar,Khayreesha,Riz Amin, Yaya Maembong











Telemovie Raya TV3: Abang Long vs Kak Yong


Slot: Cerekarama
Tayangan: 17/8/2013
Channel: tv3

Sinopsis:
Din Parang dan Man Todak sering bersaing sejak dari zaman muda. Din mempunyai seorang anak lelaki  bernama Boboy manakala Man mempunyai seorang anak perempuan bernama Suraya.Demi maruah keluarga Suraya sanggup dikahwinkan dengan Boboi walaupun dia tidak menyukainya. 
Namun,semuanya bertukar apabila kedua ayah mereka diracun hingga mati.Mereka berdua bersatu untuk menuntut pembelaan.Sejak itu,terbit rasa sayang Suraya pada Boboi.

Pelakon: Akim Ahmad, Yana Samsudin

Telemovie Raya TV3: Adnan Balik Raya(Shaheizy Sam)




Tayangan: Raya kesepuluh

Sinopsis:
Adnan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya di rumah pak ciknya Pak Chah. Dia terkejut bila berjumpa dengan kawan baiknya Fatimah kini bertukar menjadi kurus dan cantik setelah lama tidak berjumpa.

Pelakon: Shaheizy Sam, Nad Zainal,Arash Mohd, Watie Sadali,Azwan Kombos,

BTS:
Credit picture IG @vitoedolini 



cr as tagged


Ramadhan Yang Hilang episode akhir


Saksikan episode akhir 5 Ogos 2013 Jam 10-11 malam.

Sinopsis minggu akhir:
Delisha masih dengan niat jahatnya. Dia merancang beberapa insiden supaya Zhafirah boleh bertemu dengan Rafiq dengan tidak sengaja. Namun Zhafirah tidak  pernah menghargai usaha Delisha walaupun sedikit pun. Zhafirah membaca manuskrip novelnya yang dipulangkan oleh syarikat penerbitan.Dalam novel itu terdapat catatan Delisha tentang perasaanya.Zhafirah mula rasa bersalah dan memaafkan Delisha.

Drama selepas Ramadhan yang Hilang - Fira Ayuni

Ruang Tamu Idaman


Assalammualaikum,
Tinggal lebih kurang 10 hari Ramadhan akan berlalu, dan Syawal akan menjelma.Pasti you olls semua tengah sibuk menghias rumah kan! Kat sini, admya nak kongsi design Ruang Tamu  yang mungkin boleh jadi inspirasi untuk raya kali ini. Ruang tamu kan salah satu tempat yang penting untuk tetamu. Jadi hiasan mestilah menarik ye tak?


yang ni, untuk apartment


Yang minat warna putih,



Yang minat warna orange


Yang ni gaya Contemporary



admya:
cantik kan^_^






Saturday, July 20, 2013

AiraAiril (izzue islam)

Akan datang di RTM.
Pelakon: Izzue Islam. Hanez Suraya, Wan Sharmila, ZulAriffin
Arahan: Michael Ang
Terbitan: Suhan Movies





admya:
Nampak macam best je.


Friday, July 19, 2013

Slot Zehra: Menjinak Ombak ganti Kampung Girl



Assalammualaikum,

Terbaharu di slot Zehra: Menjinak Ombak.
Arahan Along Kamaruddin
Para Pelakon: Nur Risteena, Fezrul Khan, Chomel Fana, Talha Harith,Ainina Ahmad B,
Jumlah episode:13

Sinopsis:
Farhad(Shukri Yahya) yang bergurukan Imam Ismail mula jatuh hati pada a nak Imam Ismail Syakinah( Risteena) gadis cantik,baik dan taat pada agama. Pada masa yang sama,Asyraf(Talha Harith) juga suka pada Syakinah dalam diam.
Tengku Fatah( Fezrul Khan) tidak senang melihat kemesraan Farhad dan Syakinah mengambil keputusan menyuntingnya.Imam Ismail bersetuju dan Tengku Fatah pulang ke kampung untuk meminta ibu bapanya meminang Syakinah. Alangkah terkejutnya ibu bapa Tengku Fatah bila dia pulang.Ini kerana Tengku Fatah sudah lebih setahun tidak pulang.Syakinah terima keputusan bapanya untuk mengahwini Tengku Fatah,apatah lagi dia seorang yang baik dan juga kacak.

Asyraf kecewa dengan keputusan Syakinah.Tengku Ismail asyik mengadu pada Imam Ismail bila dia melihat kemesraan  Asyraf dan Syakinah.Imam Ismail menasihati Tengku Fatah untuk menjaga adab.Syakinah juga terganggu dengan sikap Tengku Fatah yang suka mengongkongnya.
Tengku Fatah mengugut Asyraf supaya tidak bertemu Syakinah.Asyraf sangat marah dan memberitahu Syakinah.Malangnya Syakinah diculik. Satu kampung heboh kerana pernah seorang gadis bernama Hanani telah hilang dan dibunuh.Rupa-rupanya dia diculik oleh Firhad. Sepanjang diculik oleh Firhad, Syakinah mengenali siapa dia sebenarnya Firhad,dan berputiklah cinta antara mereka.Syakinah juga mengenali siapa sebenarnya Tengku Fatah.

Tengku Fatah pula menuduh Asyraf menculik Syakinah. Syakinah yang telah selamat pulang kepada keluarganya semula menceritakan kepada Asyraf siapa Tengku Fatah. Akibatnya Tengku Fatah merancang untuk membunuh mereka berdua.Ketika Tengku Fatah cuba menikam Syakinah, Firhad datang untuk menyelamatkan Syakinah. Apa kaitan Hanani dan Firhad.


BTS:




Ustaz Fatah




admya:

Makin popular Nur Risteena ni. Tak kenal?Nur Risteena pernah berlakon dalam Karlos dan Bukan Cinta Monyet dan Playboy Itu Suami Aku



Wednesday, July 17, 2013

Koleksi Lagu-lagu Ramadhan 2013

Assalammualaikum,
Salam Ramadhan buat semua pembaca-pembaca Admya@blogspot.



2 tahun lalu,admya ada sediakan senarai lagu-lagu ramadhan yang popular. Kini,admya update lagi dengan senarai lagu baru sebagai penyegar minda dan santapan rohani kita.

List lagu Ramadhan 2011


  1.  Ramadhan Tiba - Opick
  2. AdaMu- Najwa
  3. Ramadhan- Maher Zain
  4. Ungu - Bila Tiba
  5. Ungu - Syurga Hati
  6. Nidji -Cahaya Ramadhan
  7. Wali Band- Si Udin bertanya
  8. Wali Band- Sayang Lahir Batin
  9. Geisha -Tuhanku
  10. Merpati - Ampuni aku
  11. The Titans- Jalan Lurus

admya: 
Sorry ye, banyak lagu dari negara seberang. Malaysia tak banyak lagu baru
Korang ada lagu favourite dengar bila bulan ramadhan. Jom kongsikan di  sini.



Tuesday, July 16, 2013

12 Novel Karya Seni jadi Drama



Assalammualaikum,
Kini peminat-peminat drama akan disajikan lagi 12 novel terbitan Karya Seni yang akan diadaptasi menjadi drama.
Setakat ini, 3 novel telah ditayangkan di kaca TV. Beberapa drama novel telah pun menjalankan penggambarran,manakala yang lain masih lagi di peringkat perbincangan pemilihan pelakon.

1 novel akan diadaptasi menjadi Filem iaitu Suami Aku Ustaz lakonan Adi Putra dan Nora Danish
Yang lain akan diadaptasi menjadi drama bersiri.
  1. Kampung Girl - sedang ditayangkan di TV3
  2. Jodoh itu Milik Kita - akan ditayangkan bulan Ogos di Astro Mustika HD
  3. Sebenarnya saya isteri dia - Slot Zehra TV3
  4. LoveYou Mr Arrogant - slot akasia
  5. Teduhan Kasih - Slot Akasia TV3
  6. Lelaki Ekslusif- astro
  7. Perempuan Lindungan Kaabah - akan datang
  8. Projek Memikat Suami - akan datang
  9. Suamiku  Encik Perfect 10   (mustikahd)
  10. Suami Yang ku benci  
  11. One day You'll be Mine
  12. Wedding Breaker (slot akasia)

admya:
Bagi yang belum pernah membaca novel dan tiada koleksi novel di atas,elok pergi beli cepat-cepat.Takut kehabisan stok macam SSID.


Drama Suami yang ku benci



Assalammulaikum,
Admya memang mengakui antara peminat novel.Namun sejak kerja minat pada novel tetiba hilang- may be sebab busy kut.Namun,ledakan novel jadi drama membuatkan minat membaca novel datang kembali.
Banyak jugak la novel dibeli kebelakangan ni.Antaranya Suami yang Ku Benci.
Novel ni memang best. Rugi kalau tak beli.  Jalan cerita  kahwin paksa-  cerita terhangat di pasaran.

Sinopsis:

Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaanya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai.
Perkahwinan Hannah  Maryam dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkal hatinya. Dia benci lelaki itu,kerana baginya Uwais seorang penjual burger mana layak dengan dirinya seorang CEO. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Tentu perkahwinan ini tidak terjadi. Hannah Maryam terpaksa akur dengan pilihan Tuk ayah untuk berkahwin dengan mamat penjual burger tu.
Bagi Uwais, dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan yang ternama. Namun dia berpegang pada kata hati... Satu hari dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci.Penjual burger pun layak untuk dicintai!


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....
"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."
"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"
"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 

Kesabaran Uwais melayan kerenah Hannah. Setiap hari ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar dari mulut Hannah.Uwais memang terasa dengan tingkah laku isterinya tu,tapi dia buat dek je-Geram Hannah bila Uwais sentiasa selamba walaupun dimarahi begitu. Di hadapan keluarga,mereka berlakon sebagai pasangan bahagia.Hakikatnya tuhan sahaja yang tahu. Di saat hubungan semakin baik,datang pula Cikgu Batrisya dan Fawwaz. Hannah jadi cemburu dengan kelembutan Cikgu Batrisya. Bila Uwais menyatakan perasaan cintanya,dalam diam dia gembira. Apatah lagi bila mengetahui suaminya itu sebenarnya lulusan luar negara. Hannah jadi bertambah cemburu bila Cikgu Batrisya membantu Uwais mendapatkan pekerjaan sebagai guru sementara. Dia pun buat helah dengan meletakkan Uwais bekerja di syarikatnya. Sebabnya dia cemburu bila Uwais rapat dengan Cikgu Batrisya.

Uwais pula cemburu dengan Fawwaz.Tapi mujur Fawwaz jatuh cinta dengan Cikgu Sya.

Ending:

tentulah happy-sebab dorang dapat anak kembar.

admya:

baik korang beli novel ni cepat-cepat.Asyik habis stok je 

Sunday, July 14, 2013

Drama Love You Mr Arrogant




Assalammualaikum semua,

Novel bestseller Love You Mr Arrogant, akan didramakan. Drama Love You Mr Arrogant akan ditayangkan di TV3 mulai 25 September 2013

Jom kita baca sinopsis novel dulu:update

Jodoh Zaara  Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya Hardy. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham  lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.

Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.Tambah pula,sikap ibu 
mertuanya  Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.

Malam pertama penikahan,dia diuji apabila Irham tidak membenarkannya tidur sekatil.Puan Seri Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri.  Keadaan bertamabah rumit bila Faisal rakan sepejabat Zara  yang psiko sanggup menggunakantipu helah untuk mendapatkan Zara.Hadry juga sukakan Zara,jadi ia menyebabkan Irham jadi cemburu.Puan Seri yang menhidap sakit jantung mahu Irham berkahwin dengan Sherry.Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu. Adakah Irham akan menunaikan hajat ibunya atau kekal bersama isteri yang dicintainya.



Terjawab sudah Aiman Hakim bukan, Nazim Othman pun bukan. 

Pelakon:
Mr Arrogant- Azlee Khairi
Zaara-Zara Zya.
Hanez suraya- Sherry
Keith Foo -Hardy Hakimi
Norish Karman- Puan Seri




Gambar BTS:


Zafriel Irham


hari pernikahan

sepupu Zafriel- Hardy

salam ibu mertua- Puan Seri dan Zara

Irham buat lawak

gwiyomi

gambar credit:FB Love Mr Arrogant




admya:
teringat filem korea 100 days with Mr Arrogant. Berulang 
kali tonton.