join admya di FB

Slot Samarinda: Asmara Luna







Assalammualaikum,
Teruskan membaca.Sinopsis penuh Asmara Luna telah di"update"

Drama ini akan disiarkan dalam slot samarinda dan bukannya dalam slot lestary seperti yang dimaklumkan sebelum ni.

Tajuk drama: Asmara Luna
Jumlah Episode: 13
Mula tayangan: 22/8/2013
Para pelakon: Siti Saleha, Shukri Yahya Aidil Aziz,Liza Abdullah,Roy Azman,Miera Liyana
Terbitan: JS Pictures

Sinopsis:
Kisah bermula ketika sambutan hari lahir ke 21,Luna anak tunggal Ahmad dan Zaharah. Luna dihadiahkan sebuah kereta.Luna sangat gembira kerana ianya juga simbol dewasa dan kebebasan.Lebih bermakna,kawan baik Luna Emma(Miera Liyana) membelikan kek istimewa. Malah abang Emma Habib(Shukri Yahaya) turut mengirimkan teddy bear(sama seperti saban tahun).Luna sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna sebagai adik. Perasaannya hanya diluahkan dalam diari yang diberi nama Dear Luna. Luna juga  menyatakan harapan untuk mencari ibu kandungnya.

Sejak mempunyai kereta, Luna mudah untuk bergerak ke mana-mana termasuklah mencari kerja. Akhirnya,Luna berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai eksekutif.Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja termasuklah Adam(Aidil Aziz) dan rakan-rakanya.Mereka siap bertaruh siapa yang akan berjaya mengajak Luna keluar. Adam terasa tercabar bila Luna menolak pelawaannya. Adam berjanji untuk berusaha dengan pelbagai cara.

Akhirnya, Luna bersetuju untuk keluar bersama Adam. Tambah pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama. Walaupun Habib tidak menyatakan cinta pada Luna,dia sebenarnya turut menyimpan perasaan pada Luna.Habib kecewa bila mendapat tahu Luna sudah meminati orang lain. Pada waktu yang sama, Luna semakin menyenangi sikap Adam yang suka berjenaka.
Namun,hubungan mesra Luna dan Adalm tidak berpanjangan,bila Luna mengetahui niat sebenar Adam memikat Luna kerana pertaruhan. Kini Luna cuba menjauhi Adam.Bagi membuktikan dia benar-benar ikhlas, Adam membawa Luna berjumpa keluarganya. Atas dasar persahabatan,Luna setuju. Ibu bapa amat menyenangi Luna yang berbudi bahasa dan pandai mengambil hati mereka. Bahkan,mereka tidak sabar berjumpa dengan keluarga Luna.

Apakah yang bakal dilakukan oleh Luna seterusnya?Bagaimana pula dengan Habib?Dapatkah Luna berjumpa dengan ibu kandungnya?

Lagu tema: Cinta dan Air mata- Baharian


Sneak Peek Asmara Luna:



penulis skrip- sofia dan aidil aziz

Sumber: FB Siti Saleha


admya: nak ending luna dengan habib





Comments

  1. mtk2 la ending nnt luna dgn habib...x brp suke watak adam n pelakonnye skalii...sori peminat2 aidil aziz

    ReplyDelete
  2. S0 sweet luna dgn habib, adam nmpak k0l0t

    ReplyDelete
  3. sweet giler kot luna dan habib :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan luna dan habib beelakon ╬╬ϱϱ˚°˚╬╬ϱϱ˚°˚╬╬ϱϱ˚°˚╬╬ϱϱ

      Delete
  4. Hiii tambah best jew ni cite
    Hahhaha adam tmbah panas jew tu hatii
    Tengook luna ngan habib tmbah mesra jew

    ReplyDelete
  5. luna mesti dengan habib!!!wajip...tak suke lah adam tu

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq