join admya di FB

Slot Samarinda: Bangkitnya Seorang Perempuan


Salam,
Drama ini akan menyusul selepas Surat Dari Langit Biru
Para pelakon: Alzana Nasir, Ryzal Jaafar, Afiq Muiz, Dynas Mokhtar, Eina Azman,Haleeda, Faradhiya,

Sinopsis: 
Kisah Bangkitnya Seorang Perempuan bermula dari percintaan Balqish (Anzalna Nasir) dan Radzi (Ryzal Jaafar) yang tidak kesampaian setelah Radzi dikahwinkan dengan anak ketua kampung iaitu Zila (Faradhiya). Balqish yang cuba menerima kenyataan tersebut mula menjauhkan diri dari Radzi tetapi Radzi tidak rela melihat lelaki lain mendampingi bekas kekasihnya itu. Balqish, seorang gadis berusia pertengahan 20an cukup disenangi penduduk kampung kerana sikap ramah, riang dan mempunyai kebolehan menjahit.Suatu hari, Radzi berpura-pura mahu menempah baju di rumah Balqish sebelum memperdaya merogol gadis ini di kawasan semak berhampiran. Sejak itu, Balqish berubah menjadi seorang yang sering termenung dan mengurungkan diri dari orang lain serta kadangkala menjerit selepas diganggu mimpi ngeri.  Dia sering menjerit ketakutan seolah-olah dapat merasakan ada seseorang akan memperkosanya. Bila Mak Shidah(Haleeda)bertanya,Balqis menjawab Radzi.Sukar bagi Mak Shidah untuk menerima berita tersebut.
 
          Berita yang memalukan itu tersebar hingga ke satu kampung. Zila siap tokok tambah cerita bagi memalukan Balqis. Kemunculan Misya(Eina Azman) sedikit memberi kelegaan kepada Balqis. Misya mengajak Balqis berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia tidak sanggup melihat kawannya di perlakukan begitu. Walaupun tidak rela,Mak Shida bersetuju kerana ia jalan terbaik untuk Balqis memulakan kehidupan baru.
 
              Setibanya di Kuala Lumpur, Misya mengajak Balqis untuk menjadi GRO kerana baginya Balqis mampu memikat ramai lelaki dengan paras rupanya. Menolak ajakan rakannya itu,Balqis tidak putus asa mencari pekerjaan Halal sehingga dia berjumpa Khatijah(Dynas) seorang pemilik bengkel.
Simpati dengan nasib Balqis, Khatijah memberi pekerjaan sebagai mekanik kepada Balqis.  Misya menyindir Balqis kerana baginya pekerjaan mekanik tidak sepadan dengan Balqis.
Di kampung, Mak Shidah terus dihina dan dicemuh. Mampukah Mak Shidah bertahan? Bagaimana dengan kehidupan Balqis sebagai mekanik?
 
admya:
Dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh.







Comments

  1. skrg ni ulang blk bca novel ni.trbayang muka akim n nad

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah parking ni..hihi
      rasanya komen ni dituju untuk drama kampung girl- nad dan akim berlakon.:)

      Delete
  2. eh dh ad sinopsis.....cm menarik je....peminat tegar samarinda harus lah tgk hihi

    ReplyDelete
  3. baca sinosis mcm menarik je. tapi lum tgok lg.

    ReplyDelete
  4. drama nie mmg best..suka tgok watak balqish dgn khatijah..sangat iron lady

    ReplyDelete
  5. Saya suka dengan watak khatijah yg penyabar dan baik.

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq