Wednesday, January 2, 2013

Setia Hujung Nyawa(SHN) Episode 7


Assalammualaikum

Ramai betul yang nak review drama Setia Hujung Nyawa. Kalau diikutkan tangan ni  malas menaip sebab review utk Adam dan Hawa pun tak terkejar..hehe..
Ok la kita buatkan,tapi untuk episode akan datang baru detail ye...Episode 1- 6- tonton sendiri boleh?
jangan lupa komen...nanti kata review syok sendiri..peace v(^_^)


Episode 7

Ersalina cuba jadi isteri yang baik demi suaminya Zain. Berkat sokongan mama, L belajar memasak walaupun liat,hangus.(haha). Zain pulak, akan cuba masakkan El walaupun tak sedap(nak ambik hati la kononnya).
Sedap tak abang?
 
Zain tak sangka hatinya terhibur dengan gelagat El yang manja. Sebab tu dia selalu sakat El.
Ha,tengok siapa yang peluk abang?
Siapa pulak yang abang pegang tak nak lepas?
 
Suatu hari, El pulang lewat dari kedai Mama. Apa lagi,Zain yang kuat cemburu dah mula fikir bukan-bukan. Mula la dia salahkan Mummy kerana  tak pandai pilih calon menantu. Eleh, Kata El, dia pun manja(anak mummy)sikit-sikit mengadu pada Mummy.Lepas tu boleh pulak mengada-gada nak El pujuk
 
Lepas pujuk, Zain sakat lagi El. Dia tunjuk gambar ex tunang dia,siapa lagi si Sofia. Siap puji bekas ratu cantik la,El yang pada awlnya nak tengok gambar sofia terus tak jadi. Jadi cemburu pulak.
Memang kelakar tengok diorang ni.
El minta kebenaran Zain utk sambung belajar, namun Zain tak izinkan walaupun Mummy benarkan. Ala jeles la tu,takut El terpikat dengan lelaki lain.Hinggakan abang sendiri pun dia nak hempuk-sebab ingatkan El bawak lelaki lain masuk rumah.Dahsyatnya cemburu Zain ni. Nasib baik tak sempat. Lepas tu boleh pulak pura-pura nak baiki paip.
 
Gambar credit to Suhan Movies
 
bersambung...
terima kasih kerana membaca entri ini
 

4 comments:

  1. terima kasih ! at least terubat rindu tengok awak tulis ni, lepas abes final nak download ! hehe

    ReplyDelete
  2. sy harap ada musim kedua

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi memberi komen.please letak nama-jangan pilih anonymous.yang tiada id pilih name/url pastu letak nama.selepas ini jika masih ramai pilih anonymous, admin terpaksa kunci balik ruangan komen ini.Sila beri kerjasama ye.