join admya di FB

Dalam Setiap Sujud TV9



Judul drama: Dalam Setiap Sujud
Channel: tv9
Waktu Tayangan: 8.30mlm-9.30mlm
Hari tayangan: Isnin-Selasa
Jumlah Episode: 14
Slot : Ratu
Para Pelakon: Nur Fathia,Keith Foo,Azlee Khairi, Elfaerza Ul Haq,Rozie Othman,Watie Sadli 


Sinopsis:
Mengisahkan Hendra (Keith Foo) yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta. Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).
Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq). Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? 

Gambar thanks to Nur Fathia


Comments

  1. salam, nak tanya ttg music background masa drama dalam setiap sujud semalam. tak silap music tu masa scene jannah dok jaga husband dia tgh demam.. tak silap music background tu guitar punya bunyi... dah lama saya cari music tu...

    ReplyDelete
  2. masih adakah lagi isteri setabah jannah? mmm, mmg salute kalau jumpe,,, :)

    ReplyDelete
  3. lagi 1 episode je, dah nk habis citer ni. Pape pon watak jannah mmg tabah sunggoh!

    ReplyDelete
  4. Blh tlg update sume tajuk lagu dlm cite ni x?..siap lirik ye...suke gile cite ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq