join admya di FB

Adam dan Hawa akan difilemkan





Penerbit Global Station Sdn Bhd, Datin Zaiton Mohd Jiwa berkata, perancangan untuk memfilemkan karya itu timbul berdasarkan penerimaan luar biasa penonton terhadap drama 80 episod itu.
"Doa-doakanlah agar Adam & Hawa mempunyai sekuel (filem) yang menjadi satu lagi fenomena selepas Ombak Rindu.
"Insya-Allah, ia ada dalam perancangan kami," katanya pada sidang media tayangan episod terakhir drama itu di GSC Gardens Mall di sini, petang Khamis.
Turut hadir adalah pengarah drama itu, Mohd Feroz Kader, penulis novel asal Aisha Sofea, Pengurus Saluran Premium Astro, Nizam Sani, Pengurus Saluran Mustika HD Natasha Razman Hashim serta para pelakon terlibat.
Bagaimanapun, ujar Zaiton, perancangan itu masih terlalu awal untuk didedahkan secara terperinci.
Tunggulah nanti. Memang kita sudah rancang tetapi masih awal lagi untuk cerita lanjut."Apa-apa pun, drama ini mendapat sambutan hebat kerana sokongan para pelakon dan skrip serta cerita yang baik," katanya.
Dalam pada itu, Nizam mengakui populariti drama bersiri tersebut merupakan salah satu sebab yang melonjakkan langganan pakej Mustika bagi stesen televisyen berbayar itu.
"Kita ada banyak produk (program) yang menjadi faktor peningkatan langganan saluran premium (pakej Mustika) ini.
"Tidak dinafikan Adam & Hawa memainkan peranan penting kepada peningkatan itu," katanya.
sumber:mstar
Apa kata anda?Nak ke tak filem Adam dan Hawa.
Mestilah nak kan..tapi dengan syarat semua pelakon dikekalkan.




Comments

  1. Nak..nak...adik fara mana episod 80.takda ke? Nak download ni

    ReplyDelete
  2. msty best...kekalkan plakon jew....i love aaron aziz...

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq