Friday, August 31, 2012

Adam dan Hawa Episode 4


Ain hairan kenapa dia boleh termimpi Adam.Padanya dia cuma admire dan suka melihat wajah adam yang tampan dan bukannya jatuh cinta. Tadika mula heboh cikgu Zauyah makin cuba tawan hati Adam.
Isu Adam mula jadi pehatian pekerja tadika laian. Mereka tahu kini Adam attack Ain.Banyak perkara yang cuba mereka cungkil.Adakah layanan Adam sama dengan perempuan lain yang Adam kenal.

Ain mula merasakan Adam suka mempermainkan dan kaki perempuan. Dia mula jarakkan diri.Ain tidak mahu menjadi bahan gosip di tadika.Adam mula mencari peluang untuk rapat dengan Ain dengan alasan supaya Ain temankannnya. Kak zah tahu trick Ada,.
Dee mula berani dengan mengajak Adam untuk kahwin dengannya.


Download ep 4


Online video


Cerekarama: Seruling Cintamu





Lakonan Shahrizal Jaszle,Nur Fathia, Wan Sharmila

Tengok preview macam sedih je cerita.Apa-apa pun kita sama-sama saksikan 1 Sept 2012 ni jam 10 malam.



Tonton:



Wednesday, August 29, 2012

Masterchef 2 Malaysia kembali


Masterchef Malaysia 2 telah kembali.Siapa yang bakal merangkul takhta Juara Masterchef Malaysia 2?

Saksikan Sabtu- Khamis 9 malam di Astro Ria dan Astro Mustika HD.


juri Masterchef 2- Chef Adu,Chef Zubir, dan Chef Joe



jom jengah dapur masterchef






sumber gambar: fb masterchef malaysia

Doa Cinta Nabi Daud

Ya Allah
Aku mohon cintamu dan cinta insan yang
mencintaiMu serta yang dapat mendekatkan
aku kepada cintaMu
Ya Allah
Jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai
daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku, dan
air yang dingi
Ya Allah
Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan
jadikanlah aku seperti apa yang Engkau cintai
Ya Allah
Jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap
cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan Mu
(Al Tarmizi)
 

Demi Allah,aku tidak akan menyentuhmu...

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah. Komik ini diadaptasi dari kisah benar yang..
A student was once studying in Delhi. The night had already set in, as he sat alone in the mosque. Studying by the lamp’s flame.
In the same locality a young lady was on her way to visit some relatives. However, a riot broke out and the street were not longer safe..
The young lady could find no place of refuge except this very mosque.
When the student saw her, he ordered her to leave immediately.
He told her ”it is not appropriate for you to remain here because if the local people see you here then this will be a cause for my disgrace,they will remove me from the masjid and this will cause harm to my studies. A riot has broken out in the locality and if I leave the masjid I fear that I whould be dishonored.
Upon hearing these words, the student kept quiet and asked her to sit in one corner. Thereafter the student returned to his corner and engaged himself in studying the whole night.
While studying he whould momentarily place his finger-tip on the flame of his lamp.
The young lady had been carefully observing this.
Slowly the night has brunt away. At the break of dawn, the student told the young lady. ”The riot has subsided and the road is safe. Let me take you to your home.” The young lady said. ”I will not return home until you reveal to me, the secret for repeatedly placing your finger tip on the flame of your lamp.” The student said, ”You should not concern yourself with that.”
Nevertheles, the young lady persisted in her request . The student finally said, ”The devil repeatedly whispered into my heart and encouragedme to do evil with you. Hence I placed my finger tip on the flame and addressed myself thus:
‘When you cannot bear the heat of the fire of this world, then how will you ever bear the painful fire of jahannum?.. Allah, though His Grace protected me. Hearing this, the young lady returned home.
She was the daughter of a weathly person and she was about to be engaged to the son of another weathly person.
After this incident she refused the proposal and said: ”I desire to marry a certain student who lives in such and such a masjid.” Her parents and relatives started to convince her and many began entertaining bad thoughts about her. When she observed this, she explained to them the entire incident..and said ”I will only marry him because he has the fear of Allah in this heart. And whoever fear Allah cannot harm to anyone.”
Finally , they were wed and Allah made them prosper.. 15) People marry for Four reasons, Beauty, Weath..
Social status,and virtue Marry for virtue that you may be successful -Hadeeth- What will be your reason?
Komik ini dipetik dari blog Serikandi Sang Pencinta.
Dilukis oleh Nurel Yana Maurad dengan tajuk The Pious Student.
Ini adalah kisah benar yang ditulis oleh Maulana Siddiue Ahmed Sahed Mudda Zilluhu. Boleh di dapati di dalam bukunya ”Adaa’bul Muta’allimeen”.

Adam dan Hawa Episode 3


Dee mula merancang sesuatu untuk memenangi hati Adam. Tetapi Maria, mummy kepada Adam memang tidak berniat untuk menjadikan Dee sebagai bakal menantu pilihannya. Pelbagai cara yang dilakukan Dee supaya Adam masuk meminangnya.

Ain pula gila bayang dengan Am(hanya mimpi)

Download


Online video


Episode 4

Lagu Kau yang terindah - Ketika tangan dan kaki berkata






Lagu ini pernah digunakan dalam Stanza Cinta. Antara lagu terbaik pernah didengar.Saya mendapatkan ilham lirik itu dari Surat Yasin ayat 65..." kata Taufiq- Penulis lirik

Maknanya, "Pada hari ini Kami akan tutup mulut mereka, dan tangan mereka akan berkata kepada Kami, dan kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang telah mereka lakukan."

Penyanyi - Chrisye
Lirik - Taufik

Akan tiba hari mulut dikunci,

Kata tak ada lagi,

Akan tiba masa tak ada suara dari mulut kita,

Berkata tangan kita,

Tentang apa yang dilakukannya,

Berkata kaki kita,

Kemana saja dia melangkah,

Tidak tahu kita bila harinya,

Tanggungjawab tiba....

Rabbana..

Tangan kami..

Kaki kami...

Mulut kami..

Mata hati kami..

Luruskanlah..

Kukuhkanlah..

Di jalan cahaya..

Sempurna

Mohon karunia kepada kami

HambaMu yang hina.. 

Tuesday, August 28, 2012

Download Adam dan Hawa





Update episode Opss dan Memoir Adam Hawa(^_^)/ 
Atas permintaan, saya akan cuba sediakan link download untuk semua episode Adam dan Hawa.

Adam Hawa episode 2



Mama Adam, Maria mula sibuk bertanyakan tentang pilihan hati Adam untuk berkahwin awal. Adam sentiasa cuba mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Tetapi yang pasti Dee iaitu teman wanita Adam bukan pilihan maria. Ain rasa seronok setelah mula bekerja sementara Adam sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Ain di tadika. Adam mula seronok melihat dan mengusik Ain tetapi Ain tetap dengan gaya bersahaja yang masih keanak-anakan. Dee yang cuba menghubungi Adam berasa geram apabila tiada jawapan dari Adam dan ini telah menimbulkan syak wasangka. Apakah yang akan terjadi dalam episod kedua drama bersiri Adam & Hawa kali ini?

Download episode 2

Online video

Lagu Tema Kau Yang Terindah - Alyah



Kau yang Terindah 
by Alyah
 Kau Yang Terindah Alyah by me_lisa 

Ku disini
mengalunkan rindu yang resah
aku disini
memuja bayangmu
setiap detik
degup nadiku hanya untukmu
cinta membawa
jiwa gelora
kau yang terindah
didalam hidupku
hanya cintamu
mekar selamanya
tak inginku lagi mencintai yang lain
kau telah mengikatku selamanya
ku disini
 menantikan janji yang hilang
aku disini menghitung harapan
setiap detik tiap nafasku ada cintamu
bagai semalam semuanya hilang

Lagu Kau yang Terindah - Ku pilih Hatimu




mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku
setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati

Monday, August 27, 2012

Koleksi lagu drama Adam dan Hawa



Lagu Tema Utama:
Updated lagu ep 80

Download OST Mp3

Muara Hati- Hafiz feat Siti Nurhaliza- 

 Muara Hati Hafiz feat Dato Siti Nurhaliza by me_lisa 
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati dan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali… padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali ooo

thank you for reading this entry-
last update 14/1/13

Lagu tema Bini-biniku Perkasa - Perasan


Tajuk: Perasan
Penyanyi: Mohd Farique bin Mohammad Nadzir
Lirik: Nurul Saadah bt Abd Kahir
Komposer: Mohd Farique bin Mohammad Nadzir


* * Tiada dua ataupun tiga
Akulah Oh! satu satunya
Jejaka Terhangat di Malaya
Rebutan oh semua


Kau belum kenal aku siapa
Jejaka yang teristimewa
Kacak dan sungguh bergaya
Akulah satu satunyaa

**

Dari si dara hingga ke janda
Semua memandang pasti ternganga
Jadi jika kau dah suka
Berikan ku tanda
Aku kau yang punya

 

 

Adam dan Hawa episode 1


Pertemuan tidak sengaja antara Ain dan Adam di persimpangan jalan bersama teman wanitanya Dee membuatkan Ain memandang sinis pada Adam yang tanpa segan silu bermanja-manja di dalam kereta. Perbuatan keterlaluan dan perangai mengada Dee yang Adam suka layan sehingga dia diberi gelaran `playboy` Ain yang menuju ke Tadika Bintang Kecil terkejut sekali lagi apabila kereta yang sama dipersimpangan jalan berhenti di tadika tersebut. dia merasakan sesuatu tidak kena. Hakikatnya Ain suka melihat ketampanan Adam begitu juga Adam yang suka mengusik perempuan. Sementara itu, gelagat cikgu-cikgu di tadika juga cuba menarik perhatian Adam. Terutamanya Cikgu Zauyah yang cuba sedaya upaya hendak menggoda Adam. Kenakalan Adam terserlah bila Ain diusik ketika waktu temuduga yang sepatutnya dilakukan oleh Kak Zah. Jadi apakah kesudahan Adam & Hawa untuk episod pertama ini?

 Download

Tonton online/dailymotion

Episode 2

Cerekarama Sebelum Kiamat


Sinopsis Sebelum Kiamat

Telemovie Sebelum Kiamat ini berkisar tentang seorang budak bernama Radi  yang dibesarkan oleh ayahnya Osman. Dia didik untuk berdikari dan berhati tabah.Dia tidak tahu sama ada ibunya masih hidup atau tidak kerana bapanya enggan membicarakan tentang ibunya.Suatu hari, Osman meninggal dunia. Berbekal wang simpanan, Radi tekad mencari ibunya.

Radi lakonan Muhammad Naim Daniel Bahari mempunyai karakter tersendiri dan mudah mengalirkan air mata. Bakat lakonan yang dimiliki pelakon cilik ini menarik perhatian ramai.

Sherry Merlis yang membawa watak Salmah sebagai pelacur dalam telemovie itu mengakui, biarpun penampilannya hanya menerusi beberapa babak dalam telemovie itu, namun dia perlu memberi impak besar dengan watak yang diberikan.

Biarpun pertama kali membawakan watak hitam, dia tidak perlu tampilkan sisi gelap wanita itu membuatkan dirinya tidak berdepan banyak masalah.

Pelakon drama Sebelum Kiamat: Muhammad Naim Daniel Bahari, Soffi Jikan, Sherry Merlis, Zamarul Hisham, Liza Rafar,Noorkhiriah A Shapie, Datuk Rahim Razali

Info Sebelum Kiamat
TELEMOVIE: Sebelum Kiamat
PRODUKSI: Enuja Production Sdn Bhd
PENERBIT EKSEKUTIF: Mohd Ismail Hassan Ali, Rahmatun Nisa Abdul Wahab
PENERBIT: Zainuddin Mohd Ismail
PENGARAH: Murali Abdullah



lagu:
Opick - ya Rahman

Sunday, August 26, 2012

Tips Diet Kuruskan Badan

 
 
 
Apa pilihan anda. Kurus atau gemuk? Pada saya, nak kuruskan badan ni, takde la susah mana. Kalau boleh buat 2 perkara ini, insyaAllah boleh kurangkan berat badan dengan cepat.

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Badan akan mula membakar lemak selepas 15 minit pertama senaman. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Lapan Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak. Badan memerlukan 2 jam untuk menghadam makanan.


* Jangan skip waktu makan anda. Jika sudah biasa makan 3 kali sehari-teruskan namun amalkan diet seimbang dalam setiap hidangan atau kecilkan saiz hidangan. Ini kerana metabolisme anda boleh menjadi rendah jika anda kerap skip waktu malam.

* Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran.Makan buah-buahan dulu sebelum makanan utama. Vitamin dalam buah-buahan hanya memerlukan 10 minit untuk serap di dalam badan.

* Jangan buang diet protein dalam diet anda.Badan memerlukan protein seperti ikan, ayam. Cara memasak yang perlu diperbaiki untuk kekal sihat. Jika anda skip protein -anda akan merasa lebih lapar dan makan lebih dari yang disyorkan.

* Jika masih merasa lapar di waktu bukan waktu makan utama- lunch dan dinner- ambil snack yang berkhasiat seperti oat,buah-buahan @sayur-sayuran. Bukan jajan tau.

* Elakkan makan makanan manis jika anda bersedih- seperti Coklat. Memang ia mengeluarkan adneralin untuk buat anda gembira tapi ia juga menambah kandungan gula dalam badan anda.


* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

*Tak perlu alat senaman yang mahal- mahal untuk bersenam-(kalau ada lagi bagus) Botol air yang berisi air boleh dijadikan dumbell. Senaman tak perlu pilih waktu- dipejabat,di rumah pun boleh buat- Naik tangga, berjalan.
Kalau tak suka bersenam,anda boleh menari sebagai alternatif senaman.:)


* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Gym Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…

Zed Zaidi Kecam Astro- Ulang Tayang Program dan Banyak Iklan



Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi tidak gembira dengan rancangan ulang tayang dan jumlah iklan yang semakin bertambah di Astro. (Rasanya bukan Zed`Zaidi seorang, sebilangan penonton juga tentunya tak gembira dengan pendekatan yang digunapakai Astro ni, kan?)
Berbalik pada Zed Zaidi, awal malam tadi, melalui akaun Twitter peribadinya, beliau meluahkan rasa kurang senang itu dengan amalan tayangan yang digunapakai pihak Astro sejak akhir akhir ini.
 
 

Kelebihan Puasa Enam Bulan


Kelebihan puasa enamSambutan Aidilfitri adalah kemuncak kegembiraan bagi umat Islam setelah menempuh Ramadan dengan penuh ketakwaan kepada Allah SWT.

Mereka telah menghadapi siang Ramadan menahan lapar, dahaga dan rangsangan nafsu syahwat. Pada malamnya mereka akan tunduk sujud kepada Allah SWT melaksanakan `qiam Ramadan' iaitu solat sunat tarawih, tadarus al-Quran dan iktikaf di masjid.

Maka sudah tentu mereka yang beriman dan beramal soleh ini layak untuk menyambut Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan gembira.

Berlalunya Ramadan tidak bermakna kita tidak dituntut melakukan ibadah lain. Pelaksanaan ibadah bukan pada Ramadan tetapi bulan lain juga kerana kehidupan manusia itu keseluruhannya adalah ibadah kepada Allah SWT.

Begitulah juga dengan puasa. Walaupun puasa selama sebulan Ramadan sudah tamat namun kita masih lagi diberi peluang berpuasa iaitu dengan melakukan puasa sunat antaranya puasa sunat enam hari Syawal.

Janji pengampunan

Direkodkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Ayyub al-Ansari, Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun."

Nabi SAW menjelaskan puasa enam hari pada Syawal pahalanya sama seperti puasa setahun secara penuh. Namun syaratnya, setelah kita melengkapkan puasa sebulan Ramadan.

Jika puasa Ramadan, Nabi menjanjikan pengampunan dosa yang lampau maka dengan melengkapkan puasa enam hari dalam bulan Syawal pahalanya sama seperti kita berpuasa setahun.

Berkenaan tatacara berpuasa enam hari Syawal, ada beberapa pandangan ulama. Kebanyakan ulama mazhab al- Syafi'e antaranya Imam Nawawi, berpendapat seseorang yang telah lengkap berpuasa Ramadan perlu menyambung puasanya (enam hari bulan Syawal) secara serta-merta dan berturut-turut setelah merayakan Aidilfitri.

Maksudnya, lebih afdal seseorang itu berpuasa enam hari secara berturutturut bermula pada 2 Syawal. Pandangan ini juga adalah pendapat Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin.

Dinukilkan daripada Ma'mar dan `Abd al-Razzak, seseorang itu tidak boleh berpuasa secara serta-merta dan berturut-turut selepas Aidilfitri kerana harihari permulaan dalam bulan Syawal adalah waktu untuk umat Islam makan dan minum setelah sebulan menunaikan ibadah puasa Ramadan.

Menurut pandangan sebahagian ulama lain pula antaranya Waqi' bin al-Jarrah iaitu guru kepada Imam al-Syafi'e dan Imam Ahmad bin Hanbal, puasa sunat enam Syawal yang dilakukan secara berturutturut mahupun berselang-selang adalah sama dari segi kelebihannya.

Oleh itu, seseorang yang telah berpuasa Ramadan mempunyai pilihan untuk terus berpuasa serta-merta selepas Aidilfitri secara berturut-turut atau berselang-selang selagi mana dia berada dalam Syawal.

Setelah diteliti ketiga-tiga pandangan ulama, maka dapatlah disimpulkan bahawa puasa sunat enam Syawal boleh dilakukan serta-merta selepas sambutan Aidilfitri mahupun melakukannya selama enam hari pada mana-mana hari dalam bulan Syawal.

Namun lebih elok jika puasa enam hari itu dipercepatkan jika tiada sebarang halangan. Jika kita tidak mampu berpuasa serta-merta, maka bolehlah kita memilih untuk berpuasa enam hari sepanjang Syawal.

Melihat suasana Aidilfitri kebanyakan masyarakat Malaysia yang akan mengadakan rumah terbuka, budaya kunjung- mengunjung ini mengambil masa berhari-hari malah ada mengadakan rumah terbuka sehingga penghujung Syawal.

Oleh itu, sesiapa yang dijemput hadir ke majlis rumah terbuka maka tidak perlulah berpuasa kerana puasa enam boleh dilakukan pada hari lain. Begitulah juga mereka yang menjemput tetamu datang ke rumah, maka seelok-eloknya mereka menjamu selera bersama-sama tetamu yang hadir.

Namun jika mereka masih mahu berpuasa maka tidaklah salah tetapi perlulah menjelaskan dengan baik kepada tuan rumah mahupun tetamu yang datang.



Utama qada puasa

Berkenaan mana lebih penting, puasa ganti atau puasa sunat, seelok-eloknya kita mempercepatkan qada dengan menggantikan puasa yang ditinggalkan dalam bulan Ramadan.

Ulama membahaskan keutamaan iaitu adakah lebih perlu menggantikan puasa Ramadan sebelum berpuasa sunat. Majoriti ulama menyatakan, seseorang yang meninggalkan puasa Ramadan seelok-eloknya menggantikan puasa itu sebelum meneruskan puasa enam hari bulan Syawal.

Sebahagian ulama pula berpendapat, seseorang yang wajib menggantikan puasa seperti wanita didatangi haid perlulah mendahulukan puasa wajib iaitu mengqadakan puasa ditinggalkan sebelum melaksanakan puasa sunat Syawal.

Pada pandangan mereka, urusan wajib perlulah disegerakan dan tidak boleh didahulukan dengan urusan lain walaupun urusan berbentuk sunat.

Syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin berkata, sebahagian ulama membenarkan mendahulukan puasa enam hari Syawal ke atas puasa ganti. Namun pengecualian itu hanya untuk puasa enam hari Syawal saja.

Perkara ini juga untuk memudahkan wanita turut sama mendapat kelebihan menunaikan puasa enam Syawal. Jika mereka mendahulukan puasa ganti kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan puasa sunat Syawal.

Pelengkap kekurangan Ramadan

Antara keistimewaan puasa enam Syawal adalah:

* Puasanya sama seperti ganjaran berpuasa selama setahun.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim telah disebutkan Nabi SAW menjelaskan sesiapa yang berpuasa Ramadan dan menambah enam hari pada bulan Syawal sama seperti berpuasa setahun. Imam Nawawi menyatakan, setiap kebaikan akan digandakan oleh Allah sebanyak sepuluh kali ganda.

Tambah beliau lagi, barang siapa melengkapkan Ramadan maka ganjaran pahalanya sama seperti puasa sepanjang 10 bulan. Puasa enam hari Syawal digandakan sepuluh bersamaan 60 hari dan bersamaan dua bulan. Oleh itu, puasa Ramadan ditambah enam hari bulan Syawal sama pahalanya seperti puasa setahun.

* Melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam ibadah puasa pada Ramadan.

Al-Hafiz Ibnu Rajab menyatakan, puasa enam hari Syawal akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat ketika mana seseorang itu melaksanakan ibadah puasa Ramadan. Beliau mengkiaskan dengan kelebihan solat sunat rawatib sebelum mahupun selepas solat fardu yang menampung kekurangan terdapat padanya.

* Supaya manusia tidak lupa menunaikan puasa sunat lain.

Dengan mensyariatkan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal, manusia akan terlatih untuk meneruskan puasa sunat yang lain. Kemungkinan seseorang muslim itu terlupa untuk meneruskan ibadah puasa sunat lain setelah menyambut Aidilfitri namun dengan adanya puasa sunat enam hari Syawal sekurang-kurangnya memberikannya peringatan dan motivasi untuk terus berpuasa, tidak semata-mata menunggu kedatangan Ramadan akan datang.

Oleh Muhammad Asyraf

Episode akhir Bukan Bidadari




Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap.
Pada episod ke 10 Inas akan mengajak suaminya Arif ke hutan  atas alasan untuk menikmati keindahan hutan. Niat Sebenarnya Inas adalah untuk membalas dendam terhadap perlakuan Arif yang kasar kepadanya. Inas telah memukul Arif di dalam hutan tersebut sehingga Arif tidak berdaya. Inas menyangka Arif telah mati. Selepas itu, dia membawa anaknya pulang ke kampung semula. Inas meminta maaf kepada ibunya dan menyesali apa yang telah berlaku. Semasa di kampung, Inas telah menipu bahawa suaminya telah hilang dan dia tidak tahu suaminya berada di mana. Seterusnya, polis telah datang menemui Inas untuk mengesahkan cebisan daging mayat yang ditemui ialah mayat suaminya. Inas semakin yakin bahawa suaminya telah meninggal dunia. Dia mahu kembali kepada Kamal yang dahulu mencintainya, tetapi Kamal sudah menjadi suami Ayu. Hatinya hampa.
Sangkaan Inas bahawa Arif telah meninggal dunia ternyata meleset apabila Arif kembali mencari Inas untuk membalas dendam dalam episode akhir.Inas dan ibunya diseksa Arif.Kamal pula  sibuk menguruskan Ayu yang bersalin di hospital.

Ending.
Inas tidak tahan lagi apabila Arif membunuh mamanya.Dia tekad untuk membunuh Arif.Akhirnya Arif mati.Ayu pula yang kritikal di hospital juga meninggal dunia.
Selepas 3 tahun,Kamal dan Inas  berada di taman bersama-sama anak Inas.

 Mujur Bukan Bidadari happy ending,walaupun tak ditunjukkan sama ada Inas dan Kamal bersama.

Slot aksi: Bini-Biniku Perkasa


Peminat-peminat Bini-biniku Gangster,jangan lupa saksikan kesinambungannya dalam Bini-biniku Perkasa.Pelakon utama seperti Yana Samsudin dan Intan Ldyana masa dikekalkan cuma watak Sam(Harry) digantikan oleh Fedzrul Khan. Selain mereka, Fadzil Zahari, Alex Yanz dan Zul Sufian juga turut berlakon.


Jom kita tengok,best tak drama ni...setiap Isnin 9malam di tv3 bermula 3 September 2012

Sinopsis:
Manja terpaksa menolak lamaran Hairi kerana berasal dari keluarga gangster,Berkat usaha Eddie,akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin.Rumah Tangga mereka mula bergolak bila Din Unta mula merampas kuasa dan cuba membunuh ayah Manja.Manja terpaksa campur tangan.
Dari dulu Manja tidak suka kehidupannya dalam keluarga gangster.Dia mula membuka kedai bunga dan meninggalkan keluarganya.Namun,amanat ibunya yang mahu dia menjaga adiknya Eddie dan ayahnya membuatkan Manja terpaksa menjadi ketua dan bersiap menentang musuh keluarganya.
Eddie yang sepatutnya menjadi ketua,akan tetapi jiwanya yang lembut dan sensitif membuatkan Manja terpaksa mengambil alih tugas beliau.

Selepas ayahnya koma akibat perbuatan Din Unta, pelbagai masalah timbul.Tambahan pula Hairi yang tidak memahami keadaan dirinya.Hairi mula bersikap dingin terhadap Manja.

Behind the scenes

Friday, August 24, 2012

Cerekarama Raya Di bawah Langitmu

Pelakon: Nora Danish,Shanaz Ahmad,Nad Zainal,Ako Mustapha,




Donate utk admin(click je)

Sinopsis:
Annur merupakan gadis yang menjadi igauan hampir setiap anak muda dalam kampung itu. Dia merupakan seorang yang cantik, lembut dan warak. Annur bakal disatukan dengan Farid pada Aidilfitri yang bakal menjelang.

Osman, abang angkat Annur di sekolah yang mahu memperisterikan Annur kecewa dengan berita tersebut. Sikapnya yang panas baran dan kaki pukul membuatkan pinangannya ditolak oleh keluarga Annur. Yazid yang berdendam dengan Osman telah memasang perangkap supaya Annur dengan Osman ditangkap khalwat.

Keluarga Annur menyatukan Osman dengan Annur demi menjaga maruah keluarga mereka. Osman telah berubah selepas berkahwin dan menatang Annur macam minyak yang penuh. Annur semakin bahagia apabila dia disahkan mengandung.

Namun, rumahtangga mereka mula tergugat selepas Osman ditipu oleh rakan kongsinya. Osman kembali kepada tabiat asalnya dan Annur sering dikasari. Mampukah percintaan mereka menemui kebahagian hingga ke akhirnya?


Jangan lupa 25 ogos 2012 tv3 10 malam.

Kesian Annur.




Lagu dalam di bawah langitmu: