Monday, April 30, 2012

Cinta Buat Emelda episode 21




Aril menduga Emel dengan melihat pin rambut yang mana menjadi pilihan Emel.Nasib baik emel pilih pin biru,kalau tak pasti cemburu lagi Aril. Emeriz telah mengetahui Azida telah termakan dengan kata -kata orang.Huda pula seperti orang meroyan selepas kehilangan anaknya. Zalida berasa marah kerana Aril mungkir janji. 


Huda menyalahkan emel di atas kegugurannya kerana itulah yang dia ingat.
Emelda memujuk Azida agar berterus terang dengan Emeriz.


Zalida masih cuba memujuk Aril menerimanya kembali...
Emeriz dan Emelda berbaik semula.
Aduh,Aril jumpa Emel dan Maliki keluar bersama.Nazri pula mengacau..


Kecurigaan Aril menyebabkan dia Emel bertengkar,semuanya gara-gara Zalida. Tak pasal-pasal emel kena marah. 
Bila pulang,Aril melihat Emel mengemas baju.Rasa takut emel akan meninggalkannya menyelubunginya.
Rupanya Emel nak pergi seminar.buat suspen je


Emel: Papa call tadi,dia nak saya pergi seminar.
Aril: sorang?
Emel: dengan Maliki.
Aril: Saya nak ikut...


bersambung


Lagu episode 21:

Sunday, April 29, 2012

Sinopsis Seindah sakura




















 Sinopsis Novel:
 SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.

Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.

Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar..


Review:

Shakira disangka pelajar bermasalah oleh gurunya, Airil. Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil kerana buruk sangka pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.


(awas banyak spoiler di hadapan, kalau nak baca novel ni dan memelihara elemen2 kejutan ketika membaca, boleh stop baca kat sini :)


Then ibu Shakira, Rosmah, yg lama menghilang telah muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun anak datuk tu, Anida membencinya, kerana rumah buruknya telah hangus terbakar.


Anida tu jeles dgn kemesraan antara Airil dgn Shakira lalu membuat fitnah dan perangkap agar Airil terus membenci Shakira.


Aku geram jugak biler Airil tu mcm mudah sangat percaya dengan fitnah budak 16thn sedangkan satu rumah tahu Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. siap maki hamun terang terangan.


Ketegasan Airil telah mencampakkan Syakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Syakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Perasan la Airil tu. Lepas tu bleh plak frust n bawa diri ke London sambung belajar.


Dengan ihsan Datuk Walid, Syakira berjaya meneruskan pelajaran dan amik SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila pandangan org tua tu dah kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid utk membawa pulang ibunya yg HIV positif utk dirawat secara rapi di rumah, Syakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun takkan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.


Syakira tentula tak mau tapi ibunya melihat itu sebagai peluang utknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yg membelenggu Shakira sejak lahir. Syakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yg datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yg kononnya mahu membantu (mcm kisah benar yg pernah saya baca di akhbar/majalah) dan kemudian dia juga hampir2 dilacurkan. semua tu berlaku dlm tempoh kurang 2 hari kalau tak silap. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan 'pakcik' seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat2 tersebut, lalu dptlah dia berbini baru yg baginya seiras dgn arwah isteri pertamanya dulu.


Scene nak gi pejabat kadi tu unexpectedly kelakar lah, bermula dari pagi2 tu lagi Shakira lambat bangun, dia bersiap dlm masa 6minit ja dan sah2 la tak mandi. Masa dlm keta dgn org2 tua tu, dia siap tido berdengkur sampai pak imam tegur kata kat datuk tu biasa la, budak2 memang macam tu. haha malu jer, tau pun kawin dgn budak2. Lepas tu pulak berpeluh2 tunggu tok kadi sbb letrik tarak, Shakira masuk dlm keta ekon terus 'harum' semacam satu keta bau org takmandi + bau peluh fresh. haha.


SElepas 4 tahun ijazah, Syakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh tu dia rapat dgn Putera Haziq yg sungguh2 menyintai dia, siap curi2 gi rumah Syakira dan melamar Syakira melalui DAtuk Walid yg disangka ayah kpd Syakira. tu pun lawak jugak. Sebenarnya masa tu Datuk Walid sdg menguruskan urusan penceraian diorang, mgkin sbb rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Syakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ni ada agenda yg baik dan positif utk Syakira. Dia bukannya org tua miang, cuma cara penceritaan mula2 tu mcm nak buat kita percaya Datuk tu teringin bini muda belia. Saya rasa kagum jugak dgn innocent nya si Syakira tu masih lagi mempertahankan maruah diri walaupun beberapa kali dia terdedah pada bahaya itu. Selepas berkahwin ngan Datuk Walid dulu dia jadi seorg gadis yg sudah berani bercakap sinis. Dan lepas bercerai dan sebahagian harta dapat la diserahkan pada Syakira tanpa perlu dipersoalkan sesiapa akan haknya itu.


Tapi tindakan ni buat aku rasa Datuk Walid lebih pentingkan kebajikan dan masa depan Syakira dan seperti melupakan anak kandungnya sendiri, Anida, yg lebih memerlukan bimbingan kerana sikapnya yg bongkak tu.


Aku suka la part interaksi Shakira dgn Ghani yg perasan bagus tu. Shakira tampak sangat yakin berdepan dengan situasi dlm syarikat tu. Bagi aku cerita ini ada pergerakan cerita yg pantas dan tidak membosankan tetapi kehadiran Roni dalam hidup Shakira kelihatan seperti anti-klimaks sedikit. Kalau la Airil yang muncul masa tu dan endingnya di situ, rasanya aku akan sangat gembira. haha.. ciss mementingkan kegembiraan sendiri!


Apa2pun citer ni happy ending :) yg org jahat mendapat balasan setimpal.



review novel by http://novelcinta

Koleksi Lagu tema Seindah sakura



Hi,
Jangan lupa episode akhir Seindah sakura 14 Jun ni.


Lagu tema Seindah Sakura:

Terima kasih kepada kawan kita yang yang membantu carikan lagu mimi hamzah. 
Lagu Harapan dan Buatku di sana dah reupload, sebab ramai yang download,so kalau tak boleh download tu maknanya dah overlimit... hehe-soundcloud ada limit download.. inform me and i will reupload... 


1)pasti nanti adalah single terbaru panic room -tengok kat YT
2) Lagu hanya kamu- Mimi Hamzah







Buatmu Disana Live- Best


















Saturday, April 28, 2012

Preview minggu akhir Cinta Buat Emelda episode 21,22,23,24


 Text Preview 
episode 21:


Huda masih trauma dan tidak dapat menerima berita kematian anakya dalam kandungan.


episode 22: 


Emelda mula meragui hubungan Aril dan Zalida.Nazri pula tidak putus asa mengganggu hidup Emelda.Emelda sanggup dimadukan dengan Zalida. 




episode 23:
Aril mula runsing dengan apa yang dikatakan Nazri adalah anak Emira bersama Nazri. Walaupun Emelda tidak bersalah,namun dia mengambil keputusan meninggalkan Aril.


episode 24:
Alia dan Emeriz mula mengetahui kebenaran yang disembunyikan Emelda,mula menyalahkan diri masing- masing.Aril buntu di mana dia harus mencari Emelda.




akan diupdate mengikut episode...
stay tune with admya@blogspot k.


ada babak emel terlantar dihospital? what happen??

Thursday, April 26, 2012

Lagu tema Friday i'm in Love



By OAG


 OAG Friday Im In Love by me_lisa 


Friday, I'm in love, I'm in love, I'm in love.....
Friday aku jatuh cinta, cintaku membaby buta
Friday, ada saja cerita baru yang kucipta

wowowo...

Tentang wanita oh yang jelita
Sayang sehati tak sekata
Gadisnya lawa tapi ku kecewa
Sayang sehati tak sejiwa

Cinta datang dan pergi
Lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!

Friday, I'm in love, I'm in love, I'm in love.....
Friday aku jatuh cinta, cintaku yang ke (?)
Friday, ada saja berita baru yang tersebar

wowowo...

Problem wanita, hidup derita
Tapi ku hanya mampu redha
Oh, problem awek rasa macam nak wek
Aku cuma mampu buat rileks, rileks

Cinta datang dan pergi
Lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!

Friday, I'm in love, I'm in love, I'm in love.....

(bridge)

Cinta datang dan pergi
Lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!

Friday, I'm in love, I'm in love, I'm in love.....

Friday, I'm in lo - o - o - o - o - o - ove!







Wednesday, April 25, 2012

Cinta Buat Emelda episode 20



Zalida mengalami sakit gastrik dan dia suka apabila Aril sudi melawatnya.Dia berharap Aril akan menemaninya hingga sembuh. Emel mula merasa jatuh hati pada Aril.
 Tanpa pengetahuan Emeriz,Azida cuba menjauhkan diri dari Emeriz apabila dia terasa seperti ditipu sekali lagi apabila ada seorang awek ni cakap Emeriz hanya main-mainkannya. Emeriz pula dalam keadaan risau tentang keadaan Azida.Plot drama lain sikit dari novel.Kalau dalam novel,Zalida meninggal disebabkan kemalangan,sebaliknya dalam drama.Zalida akan berkomplot dengan Nazri untuk merebut cinta Aril dari Emelda..Zalida akan membuat Emel rasa bersalah kerana menjadi perampas tunangan orang,disebabkan Aril dan dia hampir bernikah.Seterusnya rasa cemburu Aril pada Maliki akan meretakan kembali hubungan Emel dan Aril.
Nazri pula meneruskan niatnya kerana dia percaya Dania adalah anaknya

Tinggal lagi beberapa hari lagi je CBE nak tamat.Jangan lupa episode akhir CBE pada 2 mei 2012.

Lagu episode 20:

Tuesday, April 24, 2012

Cinta Buat Emelda episode 19

 Episode 19



 Aril dan Emelda berbaik semula. Faiz cuba memujuk Azida untuk menerima Emeriz.Emel menceritakan segala-galanya kepada Aril.Emel membawa Aril menziarahi kubur Emira. Aril pula berasa cemburu dengan Maliki apabila mengetahui mereka pernah berhubungan suatu ketika dulu.
Emeriz cuba melamar Azida dan Azida menerima Emeriz semula..sweetnya!Alia pula disahkan mengandung.
Semuanya mendapat berita gembira!bestnya..





Tapi lain pula jadi pada Saiful suami kak Huda...kantoi dengan Aril ada perempuan lain.Itulah jangan mengata orang je..sekarang terkena diri sendiri.
Aril terkejut mendapat berita Zalida di hospital



Lagu episode 19:

Monday, April 23, 2012

Cinta Buat Emelda episode 18

Episode 18



Tiba-tiba dia rasa terlalu merindui ibunya. Dan tanpa berfikir panjang, Emelda terus memandu pulang ke rumah ibunya. Dia tahu yang dia amat memerlukan sokongan ibunya untuk meneruskan kehidupannya itu.


Sekembalinya Emelda dari rumah ibunya dia bertembung lagi dengan bekas teman lelaki Emira, iaitu Nazri. Dan sebenarnya itu bukanlah kali pertama mereka berjumpa. Nazri tidak mahu mempercayainya apabila Emelda memberitahunya yang dia adalah Emelda dan

bukannya Emira yang di sangkakannya. Nazri ni tambah masalah Emel je la Monkey Winks
Aril cemburu melihat Nazri dengan Emelda.


Aril pergi memancing bersama Papa,sambil mendengar kenangan Emelda dan Emira.Kata-kata papa menyebabkan Aril rasa bersalah.Rasa kesal yang bertandang di hatinya bila mengenangkan perbuatan kasarnya terhadap Emelda.


Lagu dalam episode 18:
  • Yovie dan The Nuno -Janji suci
  • Putih- Bersamamu( babak Aril baca nota dari Emel yg Dania rindu pada Aril)
  • Opick - Rapuh(babak papa imbas kematian emira)

Saturday, April 21, 2012

Cinta Buat Emelda Minggu ketiga- episode 17



Jika minggu lepas,kehidupan Aril Fatah penuh dengan bahagia,berbeza pula minggu ini.


Seperti yang telah di duga Emelda, rahsia yang tersimpan kejap terbongkar jua bila Aril Fatah mendapat tahu yang dia bukan wanita yang sama yang ditemui dulu. Dan tanpa berselindung dia menceritakan apa yang sebenarnya terjadi setelah diminta oleh Aril Fatah.

Penjelasan Emelda menjadi kemarahan bagi Aril Fatah. Tanpa belas kasihan dia telah menyakiti Emelda. Tidak mahu mendengar rayuan dan rintihan isterinya itu. Aril Fatah mengangap bahawa Emelda mempunyai niat yang lain semasa dia melamarnya dulu.



Sedihnya episode minggu iniMonkey Winks... Sian kat Emel..Sikap Aril tak ubah seperti Kak Huda,malah lebih kejam..takut tengok!




Lagu episode 17:


Lirik lagu Shahir- Pendam

Aku yang mengejar bayang cinta
Kian terbiar
Terpendam kata
Tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta

Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati

Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta







Episode akhir Cinta Buat Emelda



Tinggal lebih kurang dua minggu lagi Cinta Buat Emelda akan sampai ke penghujung..Bagi mereka dah baca novel,of course dah tahu apa ending dia.Oleh kerana terjemahan CBE ke drama nampak sama hebat dengan karya asal,pastinya episode akhir CBE ditunggu-tunggu peminat. May be episode akhir akan berbeza sedikit daripada karya asal..


Cinta Buat emelda episode akhir drama


Preview ni berdasarkan karya asal novel.


Oleh kerana rasa cemburu yang melampau pada Emelda, apatah lagi Nazri meminta haknya bersama Mira dan Aril bersetuju dengan permintaan Nazri.Aril Fatah juga menghalau emelda.Akhirnya,Emelda meninggalkan Dania dan Aril Fatah.


Aril Fatah buntu. Mencari Emelda bukan satu pencarian yang mudah. Akhirnya dia berjumpa adiknya, Nazihah. Barulah dia mengetahui bahawa Emelda membawa diri ke San Francisco.

Untuk menjejaki Emelda, dia takut. Takut kalau Emelda terus lari darinya. Takut kalau terus kehilangan Emelda. Selebihnya dia malu. Malu pada wanita yang bernama Emelda.

Kedatangan Nazri mengusutkan lagi keadaan. Nazri datang menuntut haknya walaupun dia tahu Dania itu bukanlah darah dagingnya, namun, dia perlukan Dania untuk menebus kesalahannya kepada Emira. Aril Fatah enggan memberikannya kepada Nazri lalu berlakulah pertengkaran antara mereka.

Dalam keributan, muncul Emelda dengan langkah longlai, dan menyerahkan keputusan DNA Dania  kepada Aril Fatah. Maka terbuktilah bahawa Aril Fatah adalah ayah kepada kembar itu. Dan Nazri berlalu dengan rasa kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian.

Dengan seribu penyesalan, Aril Fatah memohon kemaafan dari Emelda. Dan Emelda dengan rela hati telah memaafkannya. Tetapi tidak mahu menerima Aril Fatah dalam hidupnya lagi.
Emelda tidak mahukan dirinya lagi.

Di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka, Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda.


Happy ending..(^_^)

Thursday, April 19, 2012

Jangan Ambik Padang Kami astro


Judul Drama: Jangan Ambik padang kami
Chanel: Astro Ria
Hari tayangan: Isnin
Waktu tayangan: 10 mlm
Jumlah Episode:  13
Terbitan: Suhan Movies

Ini padang kami.
Ini tempat kami bermain bola.
Padang ini identiti kehidupan kami.
Kalau ia dimusnahkah, di mana lagi kami mahu pergi.

Sesungguhnya banyak pengajaran yang dapat diambil dalam drama ini. Walaupun jika dilihat secara kasar,ia mengisahkan sekumpulan anak muda yang mempertahankan padang,namun padang itu mempunyai seribu makna kepada penggunanya.

 Padang bukan sahaja tempat bermain buat Nik,malah lebih daripada itu.Padang merupakan simbol penghubung antara mereka.Mereka berjumpa,gembira dan sedih di padang tersebut. Di dalam dunia realiti,padang adalah tempat penting bagi penduduknya.Kerana dengan padang,mereka dapat melupakan seketika kesusahan yang dialami(sebab rata-rata yang tinggal di flet adalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana),lari dari kesempitan ruang(jika rumah mempunyai ramai penghuni) dan tempat mereka berkongsi suka duka sesama mereka. Dan hanya di Padang mereka dapat menghiburkan hati. Walaupun tak pernah duduk rumah flet,tapi,memang tidak dinafikan padang merupakan infrastruktur yang penting bagi penduduknya dari kecil hingga ke tua.

Mungkin inilah mesej yang ingin disampaikan Rosyam Nor kepada penonton. Pengalaman sekolah tanpa padang mengingatkan ku kepentingan padang...yela mana tak ye...setiap kali sukan mesti pergi stadium..time berlatih kena pinjam padang sekolah sebelah... kalau tak aktiviti senaman kami lari keliling sekolah gara-gara takde padang..^_^penat giler dibuatnya..sebab kena turun naik tangga!ok la tak nak cerita panjang(yeke tak panjang..hehe sorry!jom layan Jangan ambik padang kami...





Sinopsis
Pada suatu pagi, Nik (Naim Danial), 15, seorang budak lelaki sedang bersiap untuk bermain bola di padang itu. Dengan berpakaian lengkap persis seorang pemain bola sepak professional walaupun nampak seperti memakai baju pinjam – gelebeh dengan baju yang besar – tetapi mempunyai hati untuk menjadi seorang bintang bola sepak terkenal.
Sedang dia melangkah dengan bola di tangan, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi bising beberapa pekerja yang mahu memasang papan tanda besar yang mengatakan bahawa kawasan padang itu akan didirikan dengan sebuah rumah kedai empat tingkat yang mempunyai lebih dari satu blok.
Beberapa lelaki yang lengkap dengan baju kontraktor, menghalaunya keluar dari padang itu.  Nik yang memang sedikit lembab, tidak mahu berganjak dari padang itu. Dia menangis - salah seorang lelaki pekerja di situ, telah hilang sabar dan terus mengherdik Nik. Nik terus melarikan diri dan bertemu abangnya, Zain (Beto Kusyairy), 18 tahun.
Zain pergi ke padang itu dan baru mendapat tahu yang satu-satunya padang bola-sepak di kawasan flat kediaman mereka itu bakal didirikan dengan bangunan rumah kedai. Zain bukan sahaja marah akan hal adiknya yang diherdik, malah, sekarang ini perkara berkenaan menjadi lebih peribadi disebabkan padang itu. Zain dan Nik mula mengumpulkan rakan-rakannya – Labu (Syazwan Zulkifly, Murat, Juju (Elfira Loy), Maizatul (Shera Aiyob) dan Akmar (Izreen Azminda) untuk mula menyiasat.
Mereka tujuh sahabat mula naik turun pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui apa yang sebenarnya dirancangkan untuk padang berkenaan. Seboleh mungkin mereka nekad untuk mengetahui siapa yang berkuasa terhadap tanah berkenaan.




Para Pelakon: Dibintangi oleh














Tuesday, April 17, 2012

Istimewa episode akhir Friday i'm in love


Hi,episode drama belum lagi dah cerita pasal episode akhir...tak suspen la macam nie!
Rileks...hanya nak beritahu TV9 akan menyiarkan kesudahan episod cinta Awang ini di dalam format telefilem selama dua jam di slot Skrin di 9 pada hari Rabu, 18 Julai, 8.30 malam

Episode akhir:
Adakah sumpahan Awang akan berakhir?
Selepas seminggu berlalu,Awang dan Nisha meneruskan kehidupan masing-masing.Awang berlagak normal sementara Nisha menunjukkan dia bahagia bersama Zane.

Drama Friday i'm love ilham dari lagu Cure band




Pastinya ramai tidak sabar menanti drama baru Aiman Hakim Ridza,walaupun dia yang teraju utama..(-_^)penangan Vanila Coklat nie..
apa-apa pun drama Friday i'm in love memang dinantikan selain para pelakonnya,"story" pun agak unik.
Jatuh cinta pada hari Jumaat,putus pada hari Khamis dan jika tidak menemui cinta pada umur 24 tahun Awang akan bertukar jadi Hamster(^o^)!Really?
Tapi untuk pengetahuan korang, COO Media Prima Ahmad Idzham Omar kata,dia dapat ilham dari kumpulan Cure yang menyanyikan lagu judul lagu yang sama.

nak dengar/download:Cure- Friday i'm in love

Inilah lirik lagu kumpulan Cure:
I don't care if Monday's blue
Tuesday's gray and Wednesday too
Thursday I don't care about you
It's Friday, I'm in love

Monday you can fall apart
Tuesday, Wednesday break my heart
Oh, Thursday doesn't even start
It's Friday I'm in love

Saturday, wait
And Sunday always comes too late
But Friday, never hesitate...

I don't care if Mondays black
Tuesday, Wednesday - heart attack
Thursday, never looking back
It's Friday, I'm in love

Monday, you can hold your head
Tuesday, Wednesday stay in bed
Or Thursday - watch the walls instead
It's Friday, I'm in love

Saturday, wait
And Sunday always comes too late
But Friday, never hesitate...

Dressed up to the eyes
It's a wonderful surprise
To see your shoes and your spirits rise
Throwing out your frown
And just smiling at the sound
And as sleek as a sheik
Spinning round and round
Always take a big bite
It's such a gorgeous sight
To see you eat in the middle of the night
You can never get enough
Enough of this stuff
It's Friday, I'm in love

I don't care if Monday's blue
Tuesday's gray and Wednesday too
Thursday I don't care about you
It's Friday, I'm in love

Monday you can fall apart
Tuesday, Wednesday break my heart
Thursday doesn't even start
It's Friday I'm in love

Cinta Buat Emelda episode 14



Mama  Emel semakin rasa sunyi semenjak Emel berkahwin.Aril dan Papa meluangkan masa memancing bersama. Walaupun Emel telah berkahwin,dia berjanji akan menyimpan utuh rahsia Emira. Papa dan Mama  berterima kasih pada aril kerana mereka gembira melihat Emel lebih ceria berbanding sebelum kahwin. Emeriz pula bersungguh-sungguh untuk mengambil hati emak Azida.Aril cuba membawa Emel untuk mengingati peristiwa di Ireland.Mujur Emira pernah bercerita pada Emel!Azida terkejut melihat Emeriz bekerja di gerainya.Huda buat hal lagi...tak habis2 cari pasal dengan Emel..
Bijaknya Nia  berkata-kata- Nia tak salahkan atuk,atuk pun tak tahu nia ada kan!
Ternyata perkahwinan Emel lebih kuat mengingatkan Emel pada Emiera.
OMG! Huda dah tahu hubungan Hakimi dengan adiknya bila terserempak dengan mereka di restoran..habislah diorang...
Aril dan Emel berpindah masuk ke rumah baru diorang...bersambung


panjangnya! ok kita sambung lagi esok..


Dailog Best:
Gurl: Gadis kampung tue,you memang takde taste!
Emeriz:  Sebab i ada taste la i pilih dia,kalau i takde taste i pilih you.
Padan muka dengan gurlz tue..




Lagu cinta buat emelda episode 14:

  1. ST 12- Kebesaranmu(babak papa dan emel)
  2.  Agnes Monica - Kerana ku sanggup 
  3. Putih - Bersamamu
  4. Petra Shihombing - Dihatiku
  5. Ungu- Tercipta untukku
  6. Ending song - Penghujung Cinta Pasha feat Adelia

Lirik bersamamu by Putih



Bersamamu aku merasakan seperti orang yang paling istimewa
Bersamamu aku seperti bintang-bintang yang slalu bersinar
Aku bahagia
Aku bahagia

Bersamamu aku merasakan kedamaian yang tiada terkira
Bersamamu aku seperti matahari yang slalu menyinari
Aku bahagia
Aku bahagia

Reff:
Bagiku hanya kau yang terindah di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya

Bersamamu aku bagai langit yang selalu menaungi hatimu
Bersamamu aku seperti pelangi yang menghiasi duniamu
Aku bahagia
Aku bahagia

Bersamamu aku merasa bahagia yang sesungguhnya
Bersamamu di sisa hidupku

Monday, April 16, 2012

Cinta Buat Emelda episode 13



Kisah cinta Emeriz dan Azida berbunga kembang. Emeriz menyatakan dia sukakan Azida,namun mendapat respon negatif daripada Azida.Papa dan Mama Emel gembira mendapat berita Emel akan berkahwin,namun Emelda tidak mahu buat perkahwinannya secara besar-besaran cuma setakat akad nikah.Nazri pula tidak mempercayai bahawa gadis yang dijumpainya bukan Emira.
Dania terlebih bijak,sampai terkedu ayah Aril nak jawab. 
Hebat Rebecca,memang geram bila tengok dia,ada aje tak puas hati dengan Emel.


Dailog best:

Emeriz:Kan saya dah bagitau  perasaan saya kat awak
Azida:  tapi saya tak balas apa-apa pun.
emeriz:erm...takpela..tapi saya tahu awak suka dekat saya
azida:en emeriz dengar sini,walaupun saya tak benci dekat en emeriz tak bermaksud saya nak bercinta dengan en emeriz.
emeriz: terdiam.. malu..ok..assalammualaikum.

Emel: Nia rasa mama boleh jaga papa?

Dania: Mestilah boleh,kalau tak boleh,macam mana mama boleh jaga nia?
Emel: ....
Dania: atuk tahu tak dania cucu atuk?
Atuk(bapa aril): mestilah tahu
dania: habis tue,nape atuk tak cari nia dari dulu?kenapa baru sekarang?
atuk:terkedu sambil memandang aril dan emel
emel: nia,nape cakap macam tue,say sorry kat atuk
nia:sorry atuk

Lagu dalam episode 13
  1.  Ungu - Tercipta untukku Babak emeriz dan Azida
  2. Romance - Ku ingin kamu 
  3. Ungu - Dirimu satu(ingat lagu omputih...hehe) emel,aril dan nia gi shopping
  4. Ungu- Percaya padaku babak emel dan aril nikah
Lirik lagu dirimu satu:
 I will always love you kekasihku
Dalam hidupku hanya dirimu satu
I will always need you cintaku
Selamanya takkan pernah terganti
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
Ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
Seperti aku mencintaimu
Sayangi aku dengan kasihmu
Seperti aku menyayangimu
I will be the last for you
And you will be the last for me

I will always love you kekasihku
Dalam hidupku hanya dirimu satu 

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
Ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
Seperti aku mencintaimu
Sayangi aku dengan kasihmu
Seperti aku menyayangimu
I will be the last for you
And you will be the last for me
I will be the last for you
And you will be the last for me

Thursday, April 12, 2012

Cinta Buat Emelda episode 12



Salam sayang buat semua pencinta-pencinta cinta buat emelda 


Hari ini traffic full dengan Cinta Buat Emelda  episode 12..korang tak sempat tengok ye..kalau tak sempat tengok,apa kata korang tengok kat tonton...easy je..


Bagi yang tanya lagu episode 12 cinta buat emelda,lagu -lagu masih sama seperti episode lepas.Korang boleh tengok dalam entry post lepas


Seingat saya ada lagu Wali Band- Ya Allah(episode 9)babak emira dan emelda
Denganmu aku Hidup, Raisa(episode 9)


Bagi peminat-peminat opick yang mencari lagu opick dalam cinta buat emelda(semuanya ada pada entri lepas
tapi takpe saya senaraikan balik.Setakat ini ada 3 lagu opick dalam cinta buat emelda

  1.  Opick feat Amanda
  2. Opick - DenganMu aku Hidup
  3. Opick - Allah Maha Cahaya
Lagi apa ye...
Bagi yang nak tahu ringkasan episode hari ini
Episode hari ini,Emelda imbas semula saat Emira memanggil Emelda ke Ireland.Emelda terkejut Emira telah mengandung dan sanggup melanjutkan pelajaran ke England semata-mata untuk temankan Emira. Selepas itu,Emelda sanggup pulang ke Malaysia selepas Emira disahkan hidap kanser walaupun dia tak habis study.Yang lebih sedih lagi,Emelda sanggup mengaku Dania adalah anaknya demi Emira.
Korang tentu tertanya-tanya kan kenapa keluarga Emelda sanggup terima Dania. Ini disebabkan Emelda adalah anak kesayangan keluarga,kakak kesayangan Emeriz.Kalau Emira yang mengaku,tentu,keluarga diorang tak dapat terima.Sebab itulah,Emeriz kecewa bila Emelda mengaku Dania adalah anaknya.Ending episode hari ini Emelda bersetuju kahwin dengan Aril demi Dania...
Ok,setakat ini je dulu ye..minggu depan kita sambung...
Episode minggu depan sudah tentunya Emelda dan Aril Fatah berkahwin

Wednesday, April 11, 2012

Paan & Paiz



Jumlah episode: 13
Mula Tayangan: 11/4/2012
Hari Tayangan: 10 malam
Arahan: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: RadiusOne
Genre: Komedi
Para Pelakon:
 Zahiril Adzim, Zalif Sidek, Sari Yanti, Norhayati Taib dan Razak Ahmad

Mengisahkan 2 rakan baik sejak kanak-kanak.Mereka tidak pernah berenggang sejak kanak-kanak. Mungkin agak janggal melihat 2 orang lelaki yang sudah tiba usianya untuk berumah tangga asyik ‘berkepit’ ke sana sini tetapi perhubungan Paan dan Paiz memang seperti magnet dengan besi yang sukar dipisahkan. Jadi, apabila muncul ‘orang ketiga’ dalam hubungan mereka selepas Paiz bercadang untuk kahwin, Paan menjadi marah kerana bimbang akan kehilangan sahabat baiknya itu.


Paan (Zalif Sidek) seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab manakala Paiz (Zahiril Adzim) seorang yang kacak, bergaya dan rajin. Paiz memulakan kerjayanya sebagai seorang arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk kahwin. Paan menjadi marah kerana Paiz telah berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?
Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan! Dia tidak menyangka bahawa wanita yang akan ‘merampas’ kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira (Sari Yanti).
Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paiz berumah tangga, Paan sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Namun, kerisauan Paan tidak berpanjangan kerana Paiz tidak bercadang untuk berpindah keluar daripada rumah tersebut selepas kahwin.
Dira mula rimas dengan abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz asyik bersama Paan dengan aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa untuk Dira. Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha (Norhayati Taib) untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari sana. Apakah rancangan Dira akan berhasil?

Kata Pengarah:
Menurut Shahrulezad Mohameddin, pengarah drama komedi Paan Paiz, “Alhamdulillah... Sepanjang penggambaran drama Paan Paiz, segalanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah besar yang mengganggu. Malah, saya boleh menyifatkan produksi ini antara yang paling ceria dan kecoh kerana gelagat pelakon utamanya, Zalif Sidek dan Zahiril Adzim yang sangat mesra dan suka mengacau orang.”
“Hampir setiap hari, kami akan bergelak ketawa dengan gelagat Si Paan (Zalif Sidek) dan Si Paiz (Zahiril Adzim). Paan pernah membuat kru produksi menjadi panik dan hampir memanggil ambulans apabila dia tidak dapat bangun sewaktu menyiapkan babak bersenam. Rupa-rupanya, Paan hanya mengalami kekejangan di perut kerana jarang bersenam. Berat badan Paan juga bertambah naik kerana tidak dapat menahan selera dengan lauk pauk yang sedap di lokasi penggambaran. Seperti kekecohan yang digambarkan dalam drama Paan Paiz, suasana lokasi kami juga sentiasa ceria dengan insiden yang berlaku di luar kawalan. Harapan kami bahawa Paan Paiz dapat diterima oleh penonton TV3 nanti. ” Tambah Shahrulezad.

nak tahu best ke tidak kenala tengok sendiri.

Cerekarama: Menyintaimu



Tarikh tayangan: 28 April 2012
Sinopsis drama:


Sinopsis: Juliana tidak mempercayai kaum lelaki setelah ditinggalkan oleh dua lelaki tanpa sebarang alasan. Tindakan Juliana amat membimbangkan kedua orang tuanya, Osman dan Zainun. Zainun beranggapan Juliana tidak pandai dalam bercinta dan menjaga perasaan lelaki.
Bagaimanapun pertemuan tanpa sengaja dengan Khairul Izwan telah merubah segalanya. Sikap prihatin dan kematangan Izwan telah membuka pintu hati Juliana untuk bercinta semula, Namun dia bimbang hubungan tersebut tidak direstui oleh Osman dan Zainun memandangkan usianya dengan Izwan jauh berbeza. Adakah ibu bapa Zainun merestui hubungan anaknya dengan lelaki yang jauh lebih berusia? Dan berjayakah Zainun menemui cinta sejatinya?
Pelakon: Eman Manan, Sharifah Amani, Aida Khalida, Ahmad Tarmimi, Dzarin Kamaruddin, Fazlina Ahmad Daud.

Cerekarama: Menara Cinta


 Sebuah cinta yang bermula di Paris,namun mampukah Kota Paris menyatukan mereka semula?
Tarikh tayangan: 21/4/2012


Lagu  tema dalam Menara Cinta : 


Sinopsis Menara Cinta:
Atas hasutan mertua, rumahtangga Rizwan dan Sofia berakhir dengan penceraian. Sofia kemudiannya mengikuti kekasih barunya Danial pulang ke England dan bernikah di sana. Sementara itu, hubungan rapat di antara Rizwan dan peguam sarienya, Nur akhirnya berakhir dengan ikatan pertunangan.
Namun ketika hampir dengan majlis perkahwinan mereka, Rizwan dihantar oleh syarikatnya untuk bertugas sebulan di Paris. Takdir Allah SWT, ketika di Paris Rizwan terserempak dengan Sofea. Hakikatnya, hati Rizwan tidak pernah melupakan Sofea kerana wanita itu adalah cinta pertamanya dan mereka bercerai tanpa pergaduhan besar. Tambahan pula, kota Paris merupakan lokasi mereka berbulan madu. Tanpa berfikir panjang Rizwan menikahi semula Sofea.
Sekembali ke Malaysia,Rizwan memohon maaf pada Nur.Namun Nur menyaman Rizwan dan meminta ganti rugi kerana memungkiri janji untuk berkahwin.
Manakala Sofea pula mendapat ugutan daripada Danial akan menyebarkan foto bulan madu mereka.Sofea tertekan apatah lagi dia mendapat tahu dia membawa virus HIV.Cinta Rizwan tetap utuh pada Sofea. Nur pula dapat menerima hakikat bahawa dia bukan jodoh Rizwan.


Pelakon: Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Zulhuzaimy, Nabila Huda, Rosnah Johari

credit to budiey.com






Drama minggu ini, tak berapa best sangat...tapi bolehlah layan..
apa komen korang?