join admya di FB

Adam dan Hawa episode 46


online video dan download link update

Lagi petikan novel. 

“Berapa lama Ain nak Am temankan hari ni?” suaranya kedengaran tiba-tiba.
Aku tersentak. “Berapa lama Am boleh temankan Ain” Aku mengawal suaraku.
“Sampai kita tua. “Lantas dia ketawa kecil
“I’m serious Am. I don’t have time for your joke!” marahku kurang senang dengan gurauannya yang tidak kena pada tempatnya.
Suasana sepi seketika. Kemudian aku bersuara lagi tetapi kali i...

ni jauh lebih tenang dari tadi.
“kalau Am ada plan lain, Am hantar aje Ain balik. Ain tak mahu diri Ain jadi beban pada Am pulak”
‘Siapa kata Ain beban pada Am selama ini”? suaranya mendatar. Mungkin tersinggung dgn kata-kataku tadi.
“kalau Am sibuk, Ain faham. Tapi janganlah nak marah2kan Ain lagi. Kepala Ain tengah kusut sekarang ni”.
Kalau Am cakap Am nak temankan Ain sampai hari tua, I really meant it. Apa Ain ingat Am main2”?
Aku hanya memandang Am. Tp pandanganku kosong. Ah, rumitnya hari ini. Masalah silih berganti. Tiada satu pun yg dpt selesaikan. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Sesungguhnya lakaran TUHAN sarat dgn rahsia.
Johan sudah bersama Azie.
Dan aku adalah isteri kepada Adam Mukhriz yang kini berada di sisiku. Aku mengikuti ke mana sahaja dia membawa aku. Satu-satunya perkara yg tdk pernah terlintas dlm fikiranku. Selama ini perasaanku penuh dgn rasa benci hinggakan aku pernah berjanji tdk mahu lg melihatnya seumur hidupku.
Tp itu dulu. Janji dibuat dlm keadaan marah yg begitu meluap-luap terhadap dirinya.
Rupanya benci isteri terhadap suami tidak kemana. Tidak akan kekal lama. Jauh di sudut hati si isteri tetap inginkan kesetiaan dan kejujuran. Paling penting, kasih sayang yg abadi.
Itulah aku dan Am. Ironinya Am kembali sebelum aku menyedari bahawa Johan dan teman baikku mempunyai hubungan dibelakangku.
“Selama ini Ain tak merungut pun duduk rumah seorang diri” suara Am kedengaran kembali”
“Selama ini pun mana pernah Ain minta Am temankan Ain kalau Ain boring, Tak pernah kan”?
Balasku selamba
“Kenapa Ain tak mahu sibukkan diri Ain mcm dia org berdua?”


Jiwaku bergolak. Perasaanku berperang sesama sendiri. Di saat aku terlalu emosional ketika ini, ditambah pula dgn soalan sebegitu, air mataku kembali berderai tanpa segan silu di hadapannya.
“Azie dan Johan keluar berdua selama ini. Ain langsung tak tahu.
Suasana sepi di antara kami semakin terasa di dalam keretanya. Hanya kedengaran muzik perlahan yg terus cuba menceriakan suasana
“Oh iya ke? Am seakan tidak mempercayai apa yg aku katakan “Ain dh beritahu yg Ain masih isteri Am?”
“Belum”
Am mengeluh. Sedikit keras. “Sememangnya silap Ain. Ain terlalu berahsia hinggakan keadaan jadi haru-biru. Ain tak patut teruskan ‘lakonan’ ini lagi. Cukupla Ain… lagi cepat Ain beritahu, lagi mudah hidup Ain”
“Macam mana Ain nak beritahu, sebab sepanjang masa dia asyik sibuk, nak call pun tak ada masa.
Am sempat mengerlingku. “Elok la tu. Sama-sama seri. Tak ada yang menang, tak ada yang kalah. Sekarang ni, kalau dia orang beritahu Ain, Ain tak bolehlah nak marah-marah. Sebab Ain dengan dia orang tu pun lebih kurang sama aje”
Tersirap darahku dengan lontaran kata-katanya itu.
“Apa pulak lebih kurang? Ain memang dah bersedia nak berterus terang. Tapi Johan dan Azie masih lagi nak berahsia dengan Ain, Jadi, apa yang lebih kurang? Siapa yang lebih, siapa yang kurang sekarang”? cabarku.
Am mula menunjukkan rekasinya yg sebenar. Sungguh ketara auranya yg mula menghangat panas.
“jadi apa masalahnya? Johan dah ada Azie. Ain dah ada Am. Kenapa pulak nak menangis beria-ria sangat? Ain masih rasa menyesal dengan apa yg Ain ‘ada’ sekarang ni? Atau Ain sememangnya ada hati dengan Johan?”
Aku menoleh pantas ke arahnya. Tersentak dengan tohmahannya itu . “Apa maksud Am cakap mcm tu?”
Am diam. Membiarkan keadaan antara kami sepi. Setelah agak lama membisu, barulah dia bersuara.


“Kenapa Ain nak menangis lagi. Biar lah apa yang dia orang nak buat pun. Ain lupa ke Am ni suami Ain? Kenapa risaukan Azie dengan Johan kalau betul dia orang tu tengah bercinta?”

‘Ain tak kisah kalau dia orang berdua bercinta sakan sekalipun!. Tapi apa yang Ain kesalkan kenapa dia orang tak berterus terang? Kenapa semuanya nak buat belakang Ain? Azie pun macam tu. Dia housemate Ain, kawan baik Ain tapi kenapa dia tak nak cakap hal yang sebenar? Bukan Ain nak marah atau bergaduh dengan dia pasal lelaki, tapi at least cakaplah.”
“Macam mana Azie nak beterus terang sedangkan Ain pun dua kali lima. Ain sendiri tak pernah nak berterus terang dengan dia siapa Am sebenarnya masa kali pertama kita jumpa di Mekah hari itu. Kalau tak, dah tentu perkara ini tak berlaku.”
Aku mengalihkan perhatian ke luar tingkap. Ya kata-kata Am ada benarnya. Aku akur kesilapanku. Aku juga tunduk dengan hakikat bahawa sebahagian yang terjadi adalah berpunca dari kesilapanku juga

.
“Am tak sanggup tengok Ain menangisi lelaki yang dah tak ada kena-mengena dalam hidup Ain. Masa Ain nangis, Ain sedar tak siapa yang duduk di sebelah Ain? Ain lupa ke yang Ain tu isteri Am? Ain tak pernah pun menangis untuk Am melainkan air mata Ain hanya dari rasa benci Ain pada Am”
Aku terdiam. Aku cukup terasa hati keran itulah kebenarannya. Am menunjukkan perkara yang sebenar kepadaku walaupun terlalu perit untuk aku menerimanya.
“Macam mana Ain tahu?” Am kembali ke topic asal.
Aku menceritakan segala-galanya. Di saat kali pertama aku mencurigai mereka sehinggalah apa yang telah berlaku pagi tadi. Benar kata Eja aku sahaja yang tak pandai melihat Johan dan Azie dengan mata hatiku.
“Dah sayang. Ini soal hati. Soal perasaan. Rasa sayang tu timbul dengan sendirinya. Mana boleh dipaksa2. Cubalah cari masa yang sesuai, duduk bincang sama2. Selagi tak berterus terang, macam mana hati tu nak rasa tenang? Pujuk Am sambil menggengam erat tanganku.


“dahlah, simpan air mata tu. It will make you fall sick” pujuk Am lagi sambil membawa wajahku kedadanya.
Aku menangis teresak-esak dalam dakapannya mengenangkan diri ini yang terlalu jujur, bodoh dan lurus tanpa sedikit menyedari apa yg teah berlaku. Am membalas pelukanku dgn lebih erat.
Sesugguhnya aku mula merasakan nikmat kasih sayang lelaki yang sebenar dalam hidupku ini. Aku begitu asyik dengan belaiannya sehingga tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekelilingku.
Bila pula masanya kereta ini berhenti di bahu jalan?
Aku segera meleraikan pelukannya bila kewarasan fikiran mula menghentikan khayalan indah. Bagaimana sekelip mata aku berasa di dalam pelukannya, sekelip mata juga aku sudah meleraikan pelukan itu. Ah haru-biru diriku saat itu.
Am merenungku penuh erti. “Kalau kita dah tahu arah hubungan Johan dengan Azie, kemana pula arah hubungan kita Ain?


Aku termangu-mangu tanpa kata….


online video


hotfile

Comments

  1. next...taipla lagi sambungan seterusnya hehe!

    ReplyDelete
  2. taip la smpai abis hehe..
    sementara tggu kt tv leh lyn novel nya dulu...

    ReplyDelete
  3. apa cerita selanjutnya....
    huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. apa cerita selanjutnya....tak puas bacaLah...

    ReplyDelete
  5. takde pun part Am peluk Ain kat dlm keta..... huhuhuuh

    ReplyDelete
  6. Fara, ne Fara type ikut novel ke drama? Ki rasa sama la mcm dlm novel citer ne. BEST!

    ReplyDelete
  7. adik fara yg comel, ada tak download episod 46 - hotfile yang dalam format mkv tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq