join admya di FB

Cerekarama: Saleha


Lakonan: Tasha Shilla,Fezrul Khan,Linda Hashim
Sinopsis:
Saleha seorang gadis istimewa yang berumur 25 tahun namun berfikiran seperti kanak-kanak.Dia selalu berangan untuk menjadi seorang pengantin. Dia gemar memakai cucuk sanggul, 'veil' panjang, bersolek, bersongket dan berinai persis macam pengantin. Dia suka berangan duduk di pelamin dan ditepung tawar. Pengantin lelaki yang diidamkan adalah abang Manaf(Fezrul Khan).Nasib Saleha sering dirundung malang. Ibu bapanya meninggal dunia ketika usianya 17 tahun akibat kemalangan. Sejak itu Saleha dipelihara oleh Mak Long dan Pak Longnya yang menyayangi Saleha. Rumah yang didiami Saleha telah diwasiatkan oleh ibu bapanya untuk sesiapa yang menjaga Saleha di rumah itu. Mak Long mempunyai anak bernama Esah yang tiga tahun lebih muda dari Saleha. Esah menjadi teman Saleha dan melayan segala karenah Saleha selama ini. Namun segalanya berubah bila Esah menjadi isteri Manaf,Esah cemburu dengan Saleha kerana Manaf selalu melayan kerenahnya. Mak long berubah sikap bila Pak Long Saleha meninggal dunia. Akhirnya,Manaf yang risau akan keadaan Saleha membantu menjodohkan Saleha dengan seorang jejaka.
Sayang beribu kali sayang,Saleha "pergi" di saat dia bergelar pengantin.

Lagu tema CEREKARAMA SALEHA;
Azharina- Rawan

Admya- tak sangka ending Saleha sedih..


Comments