Sunday, June 24, 2012

Slot Ratu: Andai ku Tahu tv9


Channel: tv9
Slot: Ratu
Para Pelakon: Ezany, Faezah Elai,Natasha Hudson,Ungku Ismail
Waktu siaran: 8.30 malam
Hari Siaran: Isnin - Selasa

Lagu tema:
Lagu latar:Kesedihanku- Aladin
 Diciptanya Hawa- Shanel
Sinopsis:
Semuanya bermula apabila pasangan suami isteri, Johan (lakonan Ezany Nizariff) dan Shariza (lakonan Faezah Elai) telah merancang untuk bercuti dan ketika dalam perjalanan ke destinasi percutian, mereka telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Kereta yang dipandu Johan telah terhumban ke dalam gaung dan apa yang lebih mengejutkan adalah Shariza telah hilang sejurus selepas kemalangan tersebut!
Kehilangan Shariza telah meninggalkan trauma yang tidak terperi terhadap Johan. Walaupun selepas bertahun-tahun tragedi itu berlaku, sehingga kini Johan tetap tidak berputus asa untuk mencari isteri yang dicintainya itu. Hari berganti hari namun Shariza masih belum ditemui.
Setelah sekian lama bersendirian dan di atas pujukan keluarga, akhirnya Johan bersetuju untuk berkahwin dengan Adura (lakonan Natasha Hudson) demi masa depan anaknya, Ezad, yang amat memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.
Situasi menjadi kian menghairankan apabila Adura hampir terlanggar Shima ketika hendak menghantar Ezad ke tadika. Shima yang wajahnya benar-benar seiras dengan Shariza itu menjadi semakin rapat dengan Adura semenjak dari hari tersebut. Apabila Johan bertemu dengan Shima, ia memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya. Bagi Johan, yang berdiri di hadapannya adalah Shariza! Shima yang kelihatan pelik dengan Johan menafikan sekerasnya anggapan Johan itu.
Johan tidak senang duduk sejak bertemu dengan Shima. Seperti mana dia tidak berputus asa untuk mencari Shariza satu masa dahulu, kini dia akan meneruskan pencariannya itu. Adakah benar Shima adalah Shariza atau adakah mereka hanya pelanduk dua serupa? Adakah kemunculan Shima hanyalah imaginasi Johan yang tertekan akibat tragedi yang berlaku bertahun-tahun yang lepas?
Thank you for reading this entry.

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq