join admya di FB

Bukan Bidadari slot lestary tv3


Bermula Jun, 19 2012

Episode akhir BB
cr: screening.com

 Slot: Lestary
Waktu siaran: 9malam
Hari siaran: Selasa
Mula tayangan: 19 jun 2012Para Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal,Sara Ali, Azlee Khairi,Fiza Halim, Munif Isa,Azhar Sulaiman

Penerbit:  Kabir Bhatia
Terbitan: Filmscape
Arahan: Faisal Ishak

Sinopsis Bukan Bidadari:
Inas, seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutang dan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung. Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas. Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?
Apa yang berlaku seterusnya?


fb nad zainal

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Comments

  1. menarik jalan cerita..tp si ibu terlalu muda utk si comel

    ReplyDelete
  2. bukan bapak die mati kene bunuh ngan partner die ke? lagi satu bukan ke nama mak inas tu suraya? ini sinopsis xleh pakai syall..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry..sinopsis tu sebelum drama ditayangkan.
      dah update sinopsis baru.
      tq for your concern.

      Delete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq