join admya di FB

Kebaikan Facebook kepada remaja

Dalam entri yang lepas,saya telah pun menjelaskan keburukan facebook jika disalah atau terlebih guna..

Tapi tak adil kan kalau kita cerita pasal keburukan sahaja,tak kan takde kebaikan ye tak?
Jadi meh la kita senaraikan kebaikan facebook kepada remaja.Eh! remaja je...yang lain mana?
Sebenarnya facebook nie untuk semua,tapi oleh sebab yang banyak nak tahu adalah golongan remaja,jadi entri ini ditujukan kepada mereka..Yang bukan remaja tapi still young in the heart boleh baca gak...

Oleh kerana Facebook adalah satu keperluan,maka banyaklah kegunaannya.
Apa kebaikan Facebook?Yang pertama ini pasti semua tahu.
  1.  Jaringan sosial.
We called it in english social network. Kita dapat tambah kenalan baru, (pilih kenalan tau...jangan main add je-pesanan penaja (^_^) melalui group games,group bisnes,group kelab libur,group ex classmate,group kerja.. Kalau ikut cara yang betul- bukan dengan menipu(tipu dosa tau), kita dapat mengeratkan siraturrahim....Yang buat bisnes,dapat melebarkan perniagaan mereka,boleh dapat ramai pelanggan.


2.  Peluang Perniagaan

Oleh kerana,semua orang sibuk sampai ada yang tak sempat pergi ke kedai(ada ke)ada- yang rumah jauh dari kedai hehe,jadi buy online(beli secara talian) menjadi pilihan ramai.
Yang menjual- tak perlu sewa kedai, yang membeli pulak tak perlu keluar rumah,cari kedai,cari parking,tempoh jalan 'jem' semata-mata nak beli sesuatu..- jimat kos dan tenaga.
Jangan tak percaya- dengan meletakkan jualan di facebook pun boleh kaya tau..

3. Interaksi sosial

Melalui facebook,kita dapat berinteraksi,berhubung semula dengan rakan-rakan lama,saudara mara yang terpisah jauh.Hubungan tak akan terputus- bak kata orang jauh di mata dekat di hati. Melalui facebook,kita dapat hubung semula dengan rakan-rakan sekolah rendah,menengah,zaman kolej,zaman universiti,tempat kerja lama dan lain -lain.

4. Sumber perkongsian maklumat

Melalui facebook,kita dapat berkongsi maklumat,berkongsi masalah- hati-hati ye...jangan kongsi hal yang tak sepatutnya.. minta pandangan.pendapat.
Upload je gambar atau letak pada status, maklumat terus sampai kepada semua kenalan anda, Contohnya macam gempa bumi baru-baru ni, semua orang dapat berjaga-jaga,tanya khabar saudara yang tinggal di kawasan yang terkena tempias gempa bumi seperti di Penang,Kedah..
Kalau ada majlis atau kenduri kahwin atau dapat new baby misalannya- saudara jauh yang tak dapat pulang - kita dapat kongsi kegembiraan kita bersama mereka.
Jadi tak la terputus hubungan.
Selain itu, kita boleh jadikan  sebagai medium dakwah- jadi nasihat yang baik boleh disampaikan kepada ramai orang.


Secara kesimpulannya,terpulang kepada diri kita tujuan kita berfacebook..Kalau baik,insyaAllah baik lah arahnya.

Comments

  1. sokong. memang ada kelebihan. cuma jangan disalah guna..

    ada beberapa maklumat boleh sama-sama kongsi:

    1. jgn upload gambar anda di facebook. mudah untuk org buat jahat. lelaki atau perempuan sama saja, tolong jagan upload gambar anda. even perempuan lengkap pakai baju sopan dan tudung dengan teknologi sekarang boleh jadikan yg lengkap berpakaian dan bertudung menjadi tiada sehelai benang di badan (paham kot).
    2. gunakan maklumat palsu seperti nama, alamat,alamat kerja, tarikh lahir dll, kalau pekerjaan tu boleh je bgtau yg benar. (untuk personal facebook aje tau)
    3. utk Facebook company khas untuk promosi, silalah pakai maklumat company anda, jangan letak maklumat sendiri.
    4. kawal ayat/statement yang dikeluarkan anda. bab kata perpatah, kerana mulut badan binasa.
    5. untuk company, boleh masukkan dalam firewall/proxy untuk menghadkan penggunaan facebook (untuk meningkatkan produktiviti) dan mengelakkan bandwitdh syarikat anda jammed.
    6. jangan lupa log out FB anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju
      terima kasih atas perkongsian anda
      facebook ibarat pisau
      jika betul digunakan ia memanfaatkan
      salah guna-boleh memudaharatkan hingga memusnahkan kita

      Delete
  2. Makasih banget gan infonya,saya tidak segan mengunjungi blog anda,kunjungi balik ya

    ReplyDelete
  3. tergantung bagaimana kita menyikapinya,,

    ReplyDelete

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq