Monday, April 2, 2012

Gadis lari daripada rumah

Kejadian gadis diculik kebelakangan amat membimbangkan. Ibu bapa yang kehilangan anak gadis mereka masih mengharap anak gadis mereka ditemui dan kembali kepada keluarga. Namun,apa yang mengecewakan,apabila ditemui mereka didapati tidak diculik malah merancang sendiri "penculikan" mereka.Hal ini menjadi tanda tanya mengapa si gadis sanggup berbuat demikian.Dalam kes terbaru, Nornabila Mat Yaakob,15 dari Taman Koperasi,Kuantan ditemui semula dikatakan diculik.Siasatan mendapati  beliau secara sukarela mengikut teman lelakinya yang berumur dalam linkungan 20-an.Ini adalah kali kedua beliau melarikan diri.

Statistik Bukit Aman menunjukkan 3,283 kes dilaporkan sejak 2009 dengan 1,438 daripadanya dijumpai semula dengan 2,282 yang lain masih hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kini.

Daripada pecahan itu, kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 2,356 kes manakala Cina (143), India (351) dan bangsa lain 433 orang.

Lari mengikut teman lelaki atau kenalan yang baru dikenali adalah sebab utama kebanyakan kes gadis melarikan diri. Jika ditanya gadis yang melarikan diri mereka akan menyatakan mereka dikongkong dan tidak diberi perhatian oleh keluarga.

Sebab ini tidak boleh dipandang enteng kerana ini adalah akar umbi punca gadis melarikan diri.
Antara sebab gadis melarikan diri adalah masalah keluarga,tidak mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah,pengaruh rakan atau teman lelaki,jurang generasi.

Kita juga boleh lihat "pattern" gadis yang melarikan diri,Jika seorang gadis pernah melarikan diri selepas sesuatu berlaku,ini menunjukkan gadis tersebut tidak pandai menghadapi masalah dengan baik.Kekurangan kemahiran menyelesaikan masalah membuatkan ramai gadis melihat ia adalah satu cara keluar dari rumah. Ada diantara gadis menyatakan mereka keluar rumah sebab dimarahi oleh ibu bapa. Oleh itu,ibu bapa harus mengajar anak cara untuk berdepan dengan masalah.Problem solving skills atau kemahiran menyelesaikan masalah amat penting kerana jika remaja tidak mempunyai ilmu tentang itu,mereka senang dipengaruhi oleh kata- kata yang boleh menjerat mereka akhirnya walau pada awalnya mereka tidak berniat untuk melarikan diri.

Kasih sayang dan perhatian adalah penting buat anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan. Ini kerana,jika ibu bapa dan ahli keluarga terlepas pandang akan anak remaja mereka.Ini akan menyebabkan mereka mencari 'orang luar' yang mampu memberi perhatian kepada mereka.Inilah yang kerap berlaku apabila ramai gadis sanggup mengikut kekasih lari hanya disebabkan perhatian yang diberikan kekasih adalah perhatian yang didambakan daripada keluarga sendiri.Perit untuk diterima,tetapi inilah realiti. Kasih sayang bukan sahaja dengan memenuhi kemahuan mereka,malah membuatkan remaja rasa dipunyai dan disayangi. Kebanyakan keluarga tidak menyedari jurang generasi yang wujud dalam keluarga(generation gap).. Ibu bapa tidak boleh samakan dunia remaja mereka dengan anak-anak. Tingkah laku sosial adalah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.- blaming is not a solution( Menyalahkan buat satu penyelesaian). Ramai remaja mengatakan ibu bapa mereka kolot.'out dated',old fashioned'.

Ibu bapa atau adik beradik yang lebih tua perlu memahami dunia remaja untuk mengenali diri mereka zaman kini. Ikuti serba -sedikit perkembangan dunia remaja seperti fashion terkini,gadget terbaru, kawan-kawan mereka(termasuk teman lelaki) agar keluarga dapat berkomunikasi dengan baik dan lebih memahami dunia remaja. Nasihati mereka dengan cara yang berhemah. Ego remaja akan menidakkan bahawa apa yang mereka lakukan tidak semuanya betul.

Jika gadis kerap melarikan diri,ia memberikan petanda kepada keluarga.Gadis yang melarikan diri cuba mendapatkan kuasa daripada famili,namun ia juga adalah satu manipulasi atau 'lakonan' yang direka. Mereka mungkin mengancam ibu bapa seperti " jika ayah mahu saya buat demikian' saya akan melarikan diri.Mereka tahu ibu bapa akan takut jika mereka melarikan diri. Sebenarnya remaja lari bukannya  cuba lari daripada masalah tetapi  lebih kepada mereka  takut untuk bertanggungjawab jika benar mereka bersalah.

Tips untuk mengajar anak bahawa lari daripada rumah bukan jalan penyelesaian.

  1. Ajar mereka kemahiran menyelesaikan masalah(problem solving skills)
    Ini adalah perkara utama.Tanya mereka "Apa yang mereka boleh buat dalam selesaikan masalah ini?''
 - Pilihan jalan yang boleh dipilih untuk selesaikan masalah
-  Gunakan kata-kata positif.

2. Wujudkan suasana keterbukaan dan penerimaan
   Ibu bapa harus mewujudkan suasana its okay jika kamu melakukan kesilapan namun kita harus berdepan  dengan masalah dan mengatasinya sebaik mungkin. Ibarat "jika anak dapat A, kasih sayang tidak akan bertambah,jika dapat D,kasih sayang tidak akan berkurangan.

3. Ambil berat pasal anak.

      Ibu bapa harus mengambil berat pasal anak mereka.Selalu berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dipelajari. Periksa keadaanya, persekolahannya,masalah dengan rakan-rakannya.Selalu masuk bilik tidur mereka untuk mengetahui tentang diri remaja. Dari bilik tidur kita akan tahu  lebih banyak rahsia anak. Tunjukkan pada anak-anak bahawa kita mengambil berat. Ini adalah punca kebanyakan gadis lari dari rumah. Ibu bapa mengatakan anak-anak mereka tidak mempunyai masalah,namun sebenarnya mereka telah menunjukkan bahawa mereka mempunyai masalah menerusi tingkah laku mereka tanpa disedari ibu bapa.

Ingat,gadis lari dari rumah adalah kerana mereka tidak mahu berdepan dengan masalah yang tak boleh mereka handle. Mereka selalu lihat lari dari rumah mereka boleh mendapatkan kebebasan dan 'power' yang mereka inginkan walaupun ia adalah kebebasan yang salah. Ingatkan kepada mereka Lambat laun mereka perlu tempuhi masalah tersebut.

Remaja mungkin hanya seorang anak bagi  ibu bapa tetapi mereka terus membesar. Mereka mungkin menyusahkan anda tetapi mereka perlu perhatian. Mungkin isu di sekolah bukan satu masalah besar,tetapi mereka perlu bimbingan. Sentiasa berada di sisinya di saat dirinya memerlukan. Berikan perhatian kepada mereka,agar mereka tidak memilih melarikan diri sebagai jalan keluar.

Kepada remaja yang mempunyai keinginan untuk melarikan diri daripada rumah- Lari dari rumah bukanlah jalan keluar namun ia adalah   permulaan kepada permasalahan lain.

4 comments:

  1. anak sedara saya umur 15 tahun perempuan, anak angkat, kakak saya kesiankan dia dan jaga laah. emak kandung sendiri tak nak jaga, kami jaga dia dari kecik 4 bulan, dah besar sekolahkan private, nak gitar belikan, nak hp belikan,pandai gak dpt 4 A masa UPSR....pas tu lari berkali2 , ini kali ke 6 dia lari, dah report polis, dah beri kaunseling, hantar kem bina insan, bina semangat.....tolong nasihatkan kami apa nak buat lagi....terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkan berdoa agar dia berubah
      masa dia baru nyenyak tidur,apa kata cuba bisikkan doakat telinga dia,insyaAllah dia akan berubah.amalkan selalu.
      lagi satu,cuba hubungijkm berdekatan-jika mahu dia dihantar ke rumah pemulihan akhlak.tapi yang ini jalan terakhir

      Delete
  2. Assalamualaikum saya nak tanya adakah wajar jika saya berniat untuk larikan diri daripada rumah kerana saya tak mampu dh dok di dalam rmh ni..sbbnya ialah mak ngan ayah saya selalu memarahi saya,tak peduli apa yang saya cakap...maaf

    ReplyDelete
  3. walaikummussalam. buat adik yang bertanya dah pastinya tidak wajar untuk larkan diri daripada rumah, perbincangan adalah jalan terbaik untuk meleraikan permasalahan yang adik hadapi.sekiranya tidak berjaya, gunakan saudara mara untuk membantu ibu bapa dalam memahami adik.kadang kala hanya salah faham boleh menyebabkan perpisahan berlaku, ketahuilah adik redha ibubapa adalah sangat penting.jadi may be adik boleh muhasabah diri untuk perbaiki diri dan mengubah situasi jadi lebih baik

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq