join admya di FB

Vanila coklat episod akhir


Habis sudah Vanila Coklat,bagi yang terlepas menonton semalam,di sini saya sediakan review episode akhir.

Episode akhir Vanila Coklat
Zara menunjukkan protes dengan papanya dengan tidak mahu menjamah makanan dan keluar bilik.Mama Zara yang risau akan keadaannya,menghubungi Amir agar datang melawat Zara.Kehadiran Amir,membuatkan Zara bersemangat semula. Kedua-dua orang tua Amir dan Zara masing-masing gembira dalam senyap kerana bakal menimang cucu. Dr.Musa berjumpa dengan Kamal untuk menanyakan hal sebenar kejadian malam tersebut.Kamal berterus terang,dan ini membuatkan Dr.Musa marah dan sedih atas kata-katanya pada Dato'Ahmad.Amir juga berterus terang dengan Liana supaya melupakan dia.Kamal dan Liana kecewa Zara dan Amir tidak berjaya dimiliki mereka(padan muka)Mama Zara juga berlakon agar Dr.Musa berbaik semula dengan Dato'Ahmad.Kedua-dua malu untuk bersemuka memohon maaf hinggala Zara pengsan.Dato Ahmad dan Dr. Musa berbaik semula.Di hospital,Doktor mengesahkan Zara tidak hamil,namun menghidap penyakit gastrik(haha).Semua hampa namun gembira Zara dan Amir bersatu semula.
Tamat.

Harap,masa hadapan Zara dan Amir dapat berkerjasama lagi.Oh ye,Zara dan Amir akan berlakon dalam Friday I'm in Love tapi sebagai sepupu.

Comments