join admya di FB

Tomok dan Angah Raja Lawak sertai Masterchef selebriti

Bakal memulakan rakaman pertama pada 27 Mac ini, program realiti masakan pertama, MasterChef Selebriti Malaysia terbitan Astro Ria (saluran 104) akan disertai oleh 15 selebriti terkenal tanah air.

Antara selebriti tanah air yang bakal terlibat dengan program tersebut termasuklah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.

Menggunakan konsep yang sama seperti MasterChef Malaysia sebelum ini, sesi Rakaman MasterChef Selebriti Malaysia pertama akan diadakan di Dapur Masterchef yang terletak di Industrila Park, Shah Alam pada Selasa depan.
Selepas sesi rakaman MasterChef Selebirti Malaysia dijalankan, bakal disusuli pula satu sidang media bersama Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad yang akan diadakan untuk mengumumkan lebih lanjut mengenai program tersebut.

MasterChef Selebriti Malaysia merupakan kesinambungan daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara.

Nak chef wan jadi juri.hehe

Comments