Sunday, December 25, 2011

Minggu Terakhir tentang Dhia: Kesetiaanya Diancam,Dengki yang tak pernah padam


episod akhir- Episode 30
Minggu ini akan terjawab,
Ia semakin mendebarkan dan membuatkan penonton tertanya-tanya kesudahan Cinta Dhia.
Dhia disahkan menghidap penyakit kanser rahim tahap tiga dan Dhia merahsiakannya daripada pengetahuan Zikir.sedihnya!
Ku Salmi berjaya membuatkan Zikir membenci Dhia.Dhia disisihkan gara-gara sikap mummy Zikir.Nenek pula menambahkan derita Dhia.Dhia perlu membuat pilihan  samaada diceraikan atau dimadukan setelah gagal memberi zuriat pada Zikir.Tidak tahan akan keadaan itu,Dhia berjumpa Melly untuk meluahkan perasaannya pada Melly dan Azmi..Melly pula menyatakan dia akan bersatu kembali dengan Azmi. Dhia mengharapkan perkahwinan mereka berkekalan.Namun,mummy mengambil kesempatan itu, utk menuduh Dhia berlaku curang pada Zikir,dengan menjalinkan hubungan dengan Azmi..Zikir juga mula meragui cinta Dhia akibat hasutan Mummy.



Azmi sekali lagi menjadi fitnah,namun kali ini mangsa kepada Ku Salmi.Melly menjaga Dhia,sepanjang ketiadaan Zikir.Melly tidak sanggup melihat keperitan di tanggung dhia.
Lagu:Ketulusan Cinta
Tidak tahan melihat kesedihan Dhia,Azmi Raffi dan Melly tekad untuk membongkar kebenaran.

Ku Salmi akhirnya terperangkap dalam permainannya sendiri,


dan akhirnya berterus terang dengan Zikir.
Apabila Zikir mengetahui kebenaran tersebut,Zikir telah berjumpa Dhia untuk memohon maaf kerana meragui Cinta Dhia.

Dhia merelakan dirinya dimadukan walaupun dhia tidak sanggup. Namun Zikir tidak sanggup menduakan dhia.Zikir tetap berkahwin dengan Rose atas kehendak Dhia,




walaupun hatinya berat. Dhia menangis saat Zikir pergi.Takdir menentukan segalanya. Zikir akhirnya mengetahui Dhia tidak akan hidup lama,apabila Rose datang ke rumah Zikir  mengamuk kerana meninggalkannya di malam pertama mereka.Dhia cuba menerangkan,namun dia pengsan lalu di bawa ke hospital.



Melly akhirnya berterus terang dengan penyakit Dhia  kepada semua orang termasuk Zikir,Zikir terkejut.





Zikir menjaga Dhia,akan tetapi Zikir dan Dhia meninggal dunia ,Dhia meninggal kerana kanser,Zikir pula kerana angin ahmar.Mereka tetap bersama walaupun roh meninggalkan badan.Monkey Winks


TAMAT- BEST DRAMA OF THE YEAR
RATING episode akhir: 3 juta penonton...tahniah buat semua pelakon dan krew tentang dhia.



1 comment:

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq