Wednesday, October 12, 2011

Kesan Negatif Facebook kepada remaja

Facebook adalah antara jaringan sosial yang terkenal di Malaysia. Facebook mula terkenal bermula pada tahun 2010.Kini boleh dikatakan lebih 7 juta orang mempunyai akaun facebook.

Pembahagian statistik pengguna facebook mengikut umur


Menariknya, melalui statistik yang disediakan oleh Facebakers, yang mana dikemaskini setiap hari, ianya didapati seramai 3,472,200 orang ataupun, lebih 52% orang adalah pengguna lelaki, dan bakinya, 48% adalah pengguna perempuan.
Pengguna Facebook di Malaysia yang paling aktif pula antara umur 18 tahun hingga 24 tahun merangkumi lebih kurang 37% pengguna Facebook di Malaysia. Ianya diikuti dengan umur 25-34 tahun dengan meliputi hampir 31% pengguna Facebook di Malaysia.


Data-data ini sekaligus memperlihatkan yang mana Malaysia kini menduduki kedudukan ke-17 dengan pengguna Facebook paling ramai, sekaligus menjadi negara Asia Tenggara ke-3 paling ramai, dibelakang Indonesia dan Filipina.


Jika dilihat daripada statistik golongan muda terutamanya remaja adalah golongan yang banyak berinteraksi melalui facebook. Semestinya,walaupun terdapat kebaikan,facebook juga memberi kesan yang negatif kepada remaja.Antaranya:


1. Ketagihan facebook
       Apabila terlalu asyik dengan facebook,ia boleh menyebabkan ketagihan seperti ketagihan dadah.Mereka sanggup menghabiskan masa dan wang semata-mata untuk melayari facebook dan internet. Tambahan pula apabila berkenalan dengan rakan yang menjadi tempat meluahkan perasaan,yang handsome dan cantik. Ini akan mengakibatkan ketagihan facebook.Mereka akan sentiasa chatting,'update status','upload gambar" supaya dapat menarik minat pembaca terutama orang yang disukai.


2. Kurangnya sosialisasi
      Masa yang diperuntukkan untuk facebook adalah sangat banyak. Apatah lagi,di dalam facebook terdapat pelbagai jenis "games" yang mampu melekakan remaja.Apabila ini berlaku,remaja mula kurang melakukan aktiviti yang sosial bersama rakan-rakan sebaya,tidak berminat untuk menghadiri kenduri atau majlis-majlis. Tambahan pula,ia juga akan mengurangkan masa remaja bersama keluarga.Para remaja lebih cenderung duduk di rumah sambil melayari facebook berbanding mempunyai masa berkualiti bersama ahli keluarga.


3. Pembaziran wang dan masa
            Jika dahulu,remaja yang ponteng sekolah akan melepak di "shopping complex",berlainan pula sekarang.Cyber cafe' akan menjadi pusat mereka menghabiskan waktu dan wang sekiranya mereka ponteng sekolah.Terdapat kes yang sanggup menipu dan mencuri wang semata-mata untuk berkunjung ke cyber cafe'


4. Menganggu kesihatan
      Bukan sahaja yang membazirkan masa,malah ia turut menjejaskan kesihatan.Duduk terlalu lama menghadap komputer sambil melayari facebook boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan,antaranya obesiti(akibat tidak melakukan senaman dan tidak banyak bergerak),penghadaman(duduk terlalu lama),atau penyakit mata?(terlalu lama memandang komputer) atau penyakit saraf dan sakit belakang.


5.  Tidak minat belajar
         Remaja didapati mula tidak minat belajar apabila terlalu asyik melayari facebook.Ini pastinya akan menjejaskan akademik dan masa hadapan mereka. Apabila guru mengajar di depan,remaja asyik melayari facebook di belakang.


6. Terdedah dengan jenayah siber
        Remaja yang ketagih facebook akan mudah terjerat dengan jenayah siber seperti penipuan,pornografi,buli siber. Kes melibatkan jenayah siber sudah banyak kali didedahkan,namun ia tidak diambil serius oleh ibu bapa dalam mengawal akses internet anak mereka. Banyak juga kes buli yang diambil melalui telefon dimuatnaik dan dikongsi di facebook.Ini bukan sahaja mengaibkan mangsa,malah ia turut memalukan pelaku dan keluarga.Akibatnya,hukuman menanti si pembuli.


7. Menimbulkan perselisihan faham,pergaduhan
           Kadangkala facebook juga boleh mencetuskan kemarahan dan perselisihan faham yang boleh mengakibatkan pergaduhan antara pelajar.Misalnya status yang di'update' boleh mengudang kemarahan orang lain.Gambar-gambar yang memalukan yang ditayangkan kepada umum.




Facebook boleh memberi kebaikan kepada semua terutamanya remaja,namun jika ia disalahgunakan,maka ia boleh mengundang bahana.Oleh itu,gunakanlah facebook sebaik-baiknya.

Baca juga kebaikan facebook

    


3 comments:

  1. bagaimana pula dengan kesan positif penggunaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. web sosial memang boleh bersosial. tetapi sebagai muslim/muslimah, sunnah berjabat tangan tidak dapat diamalkan dalam facebook ni.

      kebaikan facebook memang banyak.

      seperti pembangunan bandaraya memberanakkan peluang-peluang pekerjaan untuk masyarakat, tetapi timbul keburukan dimana gejala sosial makin meningkat, rumah pelacurant tak dapat dibendung, aktiviti samun, gaduh bunuh, penipuan turut memberanakkan diri masing2 seiring dengan pembangunan.

      seperti facebook.

      lebih lama facebook still online di internet. makin banyak masalah sosial, penipuan cyber, pergaduhan dan yang paling membimbankan soal pendidikan untuk masyarakt malaysia.

      kurangnya minat untuk menghadiri majlis/ kelas2 pendidikan. akhirnya melahirkan insan yang tidak bermoral yang mana secara tidak langsung melahirkan manusia yang melakukan penyalahgunaan facebook.

      Delete
  2. kalau islam patut tahu, even upload gambaq pun boleh menimbulkan fitnah. terutama perempuan.

    so jangan le upload gambar anda. upload la gambar kucing anda.

    berdosa semua tu. lelaki yang tengok perempuan yang bukan muhrim lama2 dalam dosa. mau x tengok. si perempuan dah upload. dua2 dapat dosa.

    teknologi, dalam handphone tolong la jangan ambil gambaq/video yang nampakkan aurat anda. kalau handphone tu hilang. atau jual kat kedai. mudah saja nak ambik balik gambar/video tu. even complete format, still boleh restore cari. pastu timbul la masalah identity theft kt internet..sendiri patut berwaspada...

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq