Wednesday, September 21, 2011

Remaja mati dibakar



Polis percaya telah menyelesaikan kes bunuh dan bakar pelajar wanita, Nurul Awatif Syakir, 19, di Ampang 5 September lalu dengan tertangkapnya seorang remaja lelaki di Perak, semalam. Remaja berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Sarjana Muda Ukur Bahan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di tahan sebaik sahaja dipanggil keluar daripada kampusnya Seri Iskandar.







Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, turut dirampas bersama suspek ialah telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil. Beliau berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang yang merupakan lokasi pembelian petrol untuk membakar mangsa.


Mayat mangsa dicam bapanya berdasarkan cebisan kain kurung,subang dan rantai emas yang dipakai mangsa.
lis tidak menolak kemungkinan remaja perempuan yang ditemui mati dalam keadaan 80 peratus rentung di tepi jalan berhampiran sebuah loji kumbahan di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang semalam dibakar ketika mangsa masih hidup.




Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada kesan luka pada tubuh badan mangsa yang dipercayai berusia 17 hingga 18 tahun itu kecuali kesan kebakaran.Beliau berkata, mangsa dipercayai mati akibat kebakaran serius di bahagian hadapan tubuhnya selain dibakar di bahagian bahu, dada, muka dan bawah pusat.“Namun kita sedang menunggu keputusan penuh Jabatan Kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa dan juga identitinya,” kata beliau kepada para pemberita di pejabatnya di sini, Selasa.



Beliau berkata, profil mangsa menunjukkan dia adalah seorang berkulit kuning langsat, berambut lurus paras bahu dan mempunyai ketinggian 162cm, memakai rantai tangan emas di pergelangan tangan kiri serta memakai subang emas halus.Amiruddin menambah, mangsa turut memakai pakaian yang dibuat daripada kain nipis dipercayai baju kurung berwarna hijau dan bercorak hitam.

“Mangsa bagaimanapun dilihat seperti tidak berpakaian kerana pakaian mangsa turut hangus terbakar di bahagian hadapan dan hanya tinggal cebisan kain di bahagian belakang badannya.Minyak tanah dipercayai digunakan sebagai bahan untuk membakar mangsa kerana terdapat bau minyak tanah di cebisan kain dan juga lokasi kejadian,” katanya.


Admya komen:
Kawalan emosi remaja sekarang sangat kurang dan mudah goyah apabila sesuatu perkara terjadi yang membangkitkan kemarahan mereka.Mereka mudah terbawa-bawa dengan emosi yang mengakibatkan kecederaan dan kematian  orang lain.Berapa banyak kes remaja terlibat dengan pembunuhan secara sengaja atau tidak sengaja hanya disebabkan kemarahan yang bergolak dalam diri.

Kurangnya kemahiran seperti:
  1. Kemahiran berkomunikasi
  2. sosial
  3. daya penyelesaian masalah
  4. coping skill
  5. kawalan kemarahan


menjadi punca mengapa remaja melakukan tindakan kejam tersebut. Jangan biarkan perasaan mengawal akal kerana kelak kita yang binasa.
Bak kata pepatah hidup ini tidak selalunya indah,kecewa dan hampa dalam hidup sesuatu yang harus kita rasai.

teruskan membaca:  cara kawal marah

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq