join admya di FB

Minuman sunkist Taiwan tidak tercemar

Bernama melaporkan bahawa empat produk makanan keluaran Taiwan yang dianalisis disahkan tidak dicemari bahan kimia berkenaan.Empat produk tersebut ialah Cranberry Juice Cocktail dan Cranberry Refreshers jenama Ocean Spray, Mango Flavour Coconut Jelly jenama e.Ben dan Fruitgurt Yogurt Style jenama New Choice.




Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan semalam berkata orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan dari negara tersebut.



“Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia,” katanya.



Liow dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata produk makanan dan minuman dari Taiwan yang dicemari DEHP dan DINP dilarang masuk ke negara ini.



Antara produk yang dila-rang diimport ialah Uni-Pre-sident Asparagus Juice oleh syarikat Uni-President Enterprises Corp Taiwan.



Produk lain ialah Sunkist Lemon Juice, Sunkist Lemon Juice Drink with Aloe Vera Pulp, Sunkist Orange Juice dan Sunkist Orange Juice Drink yang dikilangkan oleh syarikat Country House Inc dari Taiwan dan dieksport ke Malaysia oleh syarikat Sunlight Foods Corp, Taiwan.

SENARAI PRODUK TAIWAN YANG TIDAK TERCEMAR DENGAN DEHP

Comments