Tuesday, May 10, 2011

Buli : 4 Pelajar Perempuan Digantung Sekolah 14 Hari

kesian pelajar ni,dijerut dengan tali leher


Tak habis-habis dengan gejala buli..Terbaru 4 pelajar perempuan digantung sekolah 14 hari selepas didapati membuli seorang rakan mereka di sekolah menengah di Kepong.Kes buli itu sebelum ini tersebar luas di internet termasuk melalui 'YouTube'.Memang kejam diorang nie,dahla buli kawan tue,pastu siap ambik video sekali.Alih-alih video tu jadi bahan bukti..Itulah, nak tunjuk hebat sangat!

Menurut Dr Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran, keluarga murid yang menjadi mangsa buli itu berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil oleh pihak jabatan dan sekolah.
Malah katanya, selepas mendengar pandangan semua pihak, pihak jabatan juga bersetuju untuk menukar pelajar yang dibuli itu ke sebuah sekolah berdekatan.
Dr Wee berkata demikian sebagai mengulas insiden klip video tiga minit itu yang menunjukkan beberapa orang pelajar menarik dan memotong rambut seorang rakan sekelas mereka. Rakaman tersebut dimuatnaikkan dalam laman YouTube Sabtu lalu dan disiarkan oleh media massa pada Ahad.
Rakaman itu juga menunjukkan bagaimana mangsa turut dihentak dengan buku di kepala dan bagaimana lehernya ditarik dengan tali leher.
Rakaman itu turut menunjukkan bagaimana mangsa menangis teresak-esak dan memohon belas ehsan mereka yang membulinya tetapi rayuannya tidak diendahkan dan mereka terus membulinya dengan teruk.(mystar)

Di sekolah-sekolah di Malaysia pula,masalah buli merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini.Statistik dari PDRM lebih 35 pelajar cedera atau mati dibelasah oleh rakan-rakan mereka.
Maka,gejala buli ni harus dibendung,kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada mangsa buli,pembuli malah keselamatan sekolah.Pembuli boleh mempunyai kecederungan untuk menjadi penjenayah bila dewasa kelak,dan mangsa membuli akan menghadapi tekanan seperti penghargaan kendiri rendah,kemurungan,rendah diri dan mungkin bunuh diri.

So, kepada adik-adik yang belajar kat sekolah tue,tak yah la nak buli kekawan,sekali terkantoi, menyesal tak sudah...buat rugi duit mak bapak je hantar pergi sekolah..

5 comments:

  1. patut diorang kena buat khidmat masyarakat..Bagi kesedaran sikit

    ReplyDelete
  2. Nak tanya,macam mana kamu retrieve statistik dari PDRM tersebut?

    ReplyDelete
  3. Nak tanya,macam mana kamu retrieve statistik dari PDRM tersebut?

    ReplyDelete

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq