Monday, April 25, 2011

Elak jadi Keldai Dadah


Kes terbaru  membabitkan seorang pelajar kolej swasta di Kota Damansara yang ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou, China, kerana dipercayai cuba menyeludup masuk kira-kira 700 gram heroin. Pelajar berasal dari Betong, Sarawak itu  didapati secara sukarela menelan 100 biji pil dadah jenis heroin dan ditawarkan upah sebanyak RM5,000 oleh seorang teman lelaki berasal dari Afrika Selatan dikenali Chimezie Michael yang dikenali melalui laman sosial Facebook.
 
Taktik  terbaru pengedar dadah yang kebanyakkannya datang daripada negara Afrika Selatan, Nigeria, Pakistan, Peru, India dan Iran adalah menggunakan orang tempatan untuk mencari keldai dadah.Kebanyakan mangsa adalah wanita.Ini dapat dilihat peningkatan kes warga Malaysia terbabit dalam sindiket dadah antarabangsa yang dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini seramai 11 orang ditahan di luar negara. Daripada jumlah berkenaan, sembilan adalah wanita dan menyedihkan lagi,majoriti daripada mereka adalah pelajar dan graduan IPT/IPTS.
 
Wanita mudah menjadi sasaran kerana mereka mudah cair dengan janji-janji manis dan kemewahan.Habuan ribuan ringgit,perlancongan mewah,tawaran pekerjaan yang lumayan adalah antara janji-janji manis "Pak Arab" dan "Pak Hitam" kepada wanita yang sanggup menghantar bekalan dadah ke destinasi yang ditetapkan.
 
Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot berkata,walaupun, jumlah kes menurun tahun lalu iaitu sebanyak 75 kes, dua tahun sebelumnya menunjukkan peningkatan iaitu 115 kes (2008) dan 119 Kes (2009). Dalam tempoh 20 tahun, rakyat Malaysia antara paling ramai ditahan kerana terbabit dengan pengedaran dadah iaitu 833 orang, selain Thailand (272), Singapura (164), Taiwan (125) dan China (82).
 
Apa yang boleh dielakkan daripada menjadi mangsa?
 
Wisma Putra menggariskan lima langkah yang boleh diambil bagi mengelak terpedaya dengan pelbagai tawaran menarik dan menjadi mangsa sindiket jenayah antarabangsa berkenaan iaitu:


* Menentukan status dan memeriksa latar belakang majikan;

* Berwaspada dengan tawaran ‘wang mudah’ yang tidak diminta;

* Berwaspada apabila disuruh membawa barangan yang tidak diketahui;

* Berhati-hati dengan jalinan hubungan yang cepat berkembang bersama kenalan baru yang menawarkan pelbagai janji dan manfaat; dan

* Melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai sesuatu tawaran kerja yang disyaki kesahihannya.

P/S: Jangan digadaikan diri  dan masa hadapan,semata-mata untuk mendapatkan wang dan kemewahan.

Sumber: Bernama

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq