join admya di FB

Tips Exam PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik)

Exam PTD
Saya pasti ramai yang tercari-cari bahan rujukan sebelum menduduki exam PTD.Sesungguhnya jawatan PTD adalah satu jawatan yang dipandang tinggi disebabkan peperiksaannya yang sukar dan tidak ramai yang berjaya melepasi exam terbabit.Tambahan pula, gaji yang ditawarkan juga agak lumayan.Sebab itu,ramai yang mencuba nasib menduduki exam PTD walaupun mengetahui peluang adalah tipis...

      Walaupun tidak ramai yang berjaya, namun ianya tidak mustahil untuk berjaya...Di mana ada usaha,di situ ada jalan...Di sini saya berikan tips2 sebagai persediaan sebelum menduduki exam PTD.

Skop Exam
Ada 5 SEKSYEN
SEKSYEN A ----- PENGETAHUAN MENGENAI MALAYSIA
SEKSYEN B------ DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
SEKSYEN C------ PENGERTIAN DAN KEFAHAMAN ESEI2
SEKSYEN D------ESEI BAHASA MELAYU
SEKSYEN E------ ESEI BAHASA INGGERIS

SEKSYEN A
Tempoh 45 minit
Soalan: 60
Markah: 30

skop ----  SEJARAH MALAYSIA,PENTADBIRAN MALAYSIA.TARIKH2 DAN FAKTA2 PENTING,ISU2 PENTING/SEMASA
untuk SEJARAH MALAYSIA...Baca Buku Malaysia Kita.ataupun baca buku sejarah sekolah menengah
tak yah baca detail2.sekadar refresh sbb kitakan dah belajar dulu...buat mind map ke....

PENTADBIRAN MALAYSIA
Yang nie kena cari sendiri..sebab ia bergantung kepada pengetahuan kita tentang dasar2 kerajaan,fungsi2 jabatan kerajaan termasuklah kementerian2..... Subjek Pengajian Am STPM boleh dijadikan rujukan
contohnya Skop Kerja Jabatan Air,Konsep Kenegaraan

ISU SEMASA/NASIONAL
Peka tentang isu semasa....isu yang hangat diperkatakan dalam berita
contohnya isu kenaikan minyak,pengganguran,bajet
contoh soalan: yang mana berikut laman sesawang sosial?

TARIKH DAN FAKTA PENTING
contoh:
 siapa tuan rumah sukan olimpik 2012?
siapa pemenang pingat emas acara basikal?
 bersambung

Comments