Saturday, February 26, 2011

Gejala Bunuh Diri

Suicide is not chosen,it happens when pain exceeds resources coping for pain.


 
Itulah yang berlaku pada golongan yang cuba untuk membunuh diri...Bagi mereka ia adalah pilihan terakhir apabila keperitan dan kesengsaraan melampui cara untuk tangani kesakitan. Bagi seorang yang berfikiran waras,tentu kita mengandaikan mereka gila,lemah,  dan tak betul kerana sanggup mengambil nyawa sendiri. Namun hakikatnya ....mereka tidak menemui jalan untuk menangani kesakitan tersebut. Oleh itu,kita harus memahami situasi mereka dan cuba membantu agar mereka dapat keluar dari jalan buntu tersebut. 

Tiada satu pun agama di dunia membenarkan bunuh diri...Agama Islam menegaskan sesiapa yang membunuh diri  hukumnya adalah HARAM dan berdosa besar. Rasullulah bersabda:




Barangsiapa bunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan minum racun, maka di neraka jahanam nanti ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” (HR. Muslim, 109)
Allah masih mengampunkan hambaNya walaupun hambaNya telah melakukan dosa besar, sebagaimana firman-Nya:
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan mengampuni dosa selain syirik bagi siapa yang dikehendaki.” (Qs. An-Nisa: 48)


Bunuh diri boleh difahami sebagai suatu tindakan mengambil nyawa sendiri. Ia merujuk kepada perbuatan memusnahkan diri sendiri kerana enggan berhadapan sesuatu perkara atau masalah yang dianggap tidak dapat ditangani.



Faktor-faktor
1) Masalah interpersonal
      *kehilangan orang tersayang- disebabkan oleh perpisahan,perceraian, kematian

2) Keluarga bermasalah
      * Kurang kasih sayang
      * diabaikan oleh ibubapa, adik beradik
   Sesetengah ibu bapa tidak mempunyai kemahiran keibubapaan,komunikasi dan disiplin yang baik.Hubungan keluarga yang bercirikan kemarahan, tidak stabil emosi dan ketidakterimaan juga boleh menyebabkan tingkah laku merosakkan diri remaja itu sendiri.


3) Harapan yang tinggi pada anak
 Terdapat ibu bapa terlalu mengharapkan anaknya berjaya hinggakan mereka sering menyalahkan anak-anak jika tidak cemerlang dalam akademik.
Tindakan mereka memberi tekanan yang tinggi pada anak jika mereka tidak dapat dan gagal menunaikan harapan tersebut...

4) Psikologikal

     * Kemurungan- Jika seseorang mengalami kemurungan dan tidak diatasi dan dirawati dengan segera,peratusan untuk membunuh diri adalah tinggi.

     * Fikiran yang tidak rasional-
Corak Pemikiran Berfikiran yang salah dan kepercayaan yang tidak rasional yang mempunyai kaitan dengan kemurungan dan penghargaan kendiri yang rendah boleh menyebabkan remaja bertindak mengambil nyawanya sendiri.


       Sekiranya pemikiran yang salah ini dapat dibendung atau dibetulkan sejak awal lagi kemungkinan dapat membantu. Antara corak pemikiran yang biasa ada pada remaja yang ingin membunuh diri ádalah seperti:
Ketidakupayaan melihat pilihan dalam penyelesaian masalah, cara yang rigid dalam melihat dan bertindak menangani masalah, dan tidak berupaya melihat setiap masalah dan menganggap semua masalah sukar ditangani dan tiada jalan penyelesaian.
 sumber : Utusan Malaysia

Ada beberapa jenis perilaku bunuh diri:

1. Perilaku bunuh diri (Suicidal Behavior)

Orang yang bertindak ingin mati atau tidak mematikan, tetapi menunjukkan tanda-tanda pemikiran bunuh diri. Tandanya berupa overdose  pil ubat-ubatan, mengambil alkohol dalam jumlah yang berlebih-lebihan,
2. Percubaan membunuh diri
Secara umumnya,tindakan yang membawa kepada kematian tetapi tidak berjaya seperti mengelar tangan,
cubaan terjun bangunan,sungai
            
3. "Parasuicide"

Tidak semua tingkah laku merosak diri adalah suicidal behavior. Tindakan-tindakan yang mungkin mencerminkan suicidal behavior, tetapi tidak ditujukan pada kematian, seperti memotong urat nadi pergelangan tangan, dikenal sebagai parasuicide. golongan yang berisiko adalah remaja dan wanita.Sa

4. Bunuh diri (complete suicide)

 Berjaya membunuh diri. Contohnya menggantung diri,menembak diri.


Akhir kalam,sekiranya terdapat ahli keluarga,rakan,atau sesiapa jua yang cuba untuk membunuh diri, bantulah mereka kerana tindakan untuk membunuh diri adalah CRYING FOR HELP...lakukan sekarang sebelum terlambat!
Baca juga:

Understanding suicidal thinking

Cara tangani pemikiran bunuh diri

what can I do to help someone who may suicide- warning sign,














 

 

No comments:

Post a Comment

haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq