Sunday, December 26, 2010

Gerik

Well, tak kenal maka tak cinta..pepatah orang dulu2 tentang sebelum mengenali sesuatu
dah hampir 2minggu di Gerik...
so dalam 2 minggu memang belum cukup untuk mengenali Gerik sepenuhnya....tapi buat kekawan yang tak pernah gi Gerik ni la masanya
....JOM KENAL GERIK

Gerik sempadan kelantan, kedah,Thailand,Penang,
Kira tengah2 ar...
270 KM dari KL (kira2 4-5 jam kalau gi naik kereta)
143KM dari Ipoh(1-2 jam kalau naik kereta)
Daerah terbesar di Perak,tapi kadar kepadatan penduduk yang kurang..sebab banyak kawasan tidak didiami.banyak hutan
Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu diikuti kaum Cina,Siam,India.


Tasik banding

Gerik ada mercu tanda- TANDUK RUSA(tak dapat disahihkan sejarahnya sebab dapat secara lisan)Gerik adalah bandar yang diapit oleh hutan belantara.Daripada sumber-sumber yang diperolehi, dahulu hutan gerik banyak rusa(tapi tak tahu sekarang,kena tanya perhutanan),sebab itulah ada mercu tanda  tanduk rusa.Tapi Gerik pun banyak gajah(^_^)he..he..
..di sini ada taman tanduk rusa- tempat beriadah..berdepan dengan IPD Gerik dan bersebelahan dengan kedai makan..tempat ni famous di kalangan orang gerik..sebut je kedai tanduk rusa,mereka pasti di mana(lokasinya juga strategik) di tengah- tengah bandar gerik.


Ok,kita cerita tentang sejarah dulu


Asal - Usul Daerah Gerik
Kira-kira seratus tahun dahulu, tempat sekarang yang dikenali sebagai gerik itu masih diliputi oleh hutan belantara dan masih terletak di bawah pemerintahan Raja Reman. Dalam tahun
1870 beberapa orang telah datang dari Patani mengikut Sungai Hangai lalu membuka hutan di Kuala Sungai tersebut untuk dijadikan kampung. Mereka diketuai oleh seorang tuan bernama Tok Ad(Tok Saad).
Tiada beberapa lama selepas itu, Raja Reman yang bernama Tuan Jagong, datang berburu gajah di Gunung Tujuh berhampiran dengan Kuala Kenderong. Mereka mendengar cerita bahawa tiada jauh dari situ ada kampung orang terletak di tengah-tengah hutan.
Ketika Raja Reman menghampiri kampung tersebut, baginda mendengar suatu bunyi yang pelik terbit daripada perdu serumpun gajah. Baginda memerintahkan supaya dipagarkeliling perdu buluh itu dengan sasak dan menyuruh orang-orangnya menggali disitu untuk mengetahui apakah benda yang mengeluarkan bunyi yang ganjil itu.
Setelah habis digali hingga ke pangkal perdu buluh itu, maka kelihatanlah berpuluh-puluh ekor dekan (sejenis binatang rupanya seakan-akan tikus) sedang mengerit (memakan) umbi buluh. Oleh sebab umbi buluh itu sangat keras, maka terbitlah bunyi yang berkerit-kerit apabila digerit oleh dekan-dekan itu.Raja Reman itu telah menamakan tempat itu KampungGerit.
Sebutan Gerit itu telah di pakai beberapa lama tetapi orang-orangnya yang kemudian telah mengubah sebutan dan ejaan daripad Gerit kepada Grik, kemudiannya menjadi Gerik seperti yang digunakan sekarang.
Tempat membeli belah
Kat Gerik nie takde shopping Mall(yang ni tak tahan) tapi pasaraya paling besar adalahThe Store(tak besar mana pun),yang lain tue pasar raya biasa2 kat taman-taman perumahan...
No Watson,No Guardian(T_T) ooo tidak........
Pasar malam hari Jumaat,Pasar Hari(Sabtu),Pasar Tani(Selasa)time2 nie semua turun bandar gerik.Gerik memang terkenal dengan Pasar Malam dan Pasar Tani.
Pengkalan Hulu(Bebas Cukai)
Betong(dalam Thailand) banyak barang2 murah-KENA ADA PASSPORT kalau nak masuk....(sesiapa anak Perak,Kelantan--- tak yah passport cuma kena bayar RM10 je...
Makanan
(Salah satu kedai mamak kat Gerik)
Boleh tahan mahal...lebih kurang KL gak(tapi kekadang rasa KL lagi murah)
Kat Gerik ada KFC je.
No Mcd,Big Apple,Old town Coffee,Pizza Hut.Kalau nak makan semua nie kena gi Ipoh. atau K.K... jauhnya
Oleh sebab dekat dengan sempadan Thailand, maka makanannya pun mix dengan makanan Siam

Kedai makan yang popular kat gerik:
  • Kedai nasi lemak ayam godam
  • KFC
  • Kedai mamak Salim Kari kepala ikan
  • Medan takong


Musim Buah
hohoho...nie musim yang paling dinanti-nantikan...Macam-macam buah ada..durian,mangga,rambutan.Makan sampai tak larat..
Suasana


Nyaman dan Sejuk(waktu pagi) ye la kawasan berbukit bukau.....
Jalan Lenggang(no Traffic jam seperti bandar besar lain)


Talian telekomunikasi

Internet

Kalau kat bandar Gerik, boleh pakai broadband celcom dan maxis,so far laju gak

tapi kalau di taman perumahan,lebih baik pakai celcom broadband atau streamyx..

Telefon

Kebanyakan orang di sini masih menggunakan talian tetap- TM
kalau talian telefon- maxis dan celcom
tapi kalau masuk ceruk kampung- celcom je ada line
Radio
erm...tempat berbukit bukau...tak banyak stesen radio dapat kat sini
TEMPAT REKREASI
Ada.banyak air terjun macam LATA ULU LAWIN,LATA KEKABULATA AIR BERUK,LATA PINANG,(belum pernah gi lagi)
Lata nie tempat mandi sungai (bagi sesapa yang tak tahu) suka sangat mandi sungai walaupun sejuk...BEST!!
TASIK BANDING - terkenal dengan ikan sungai yang fresh
Pengangkutan
- Transnasional Sdn Bhd (jika anda dari KL...... satu-satunya syarikat bas ekpress yang direct terus Gerik- KL)


    • Syarikat Kulim Baling (jika anda dari Kedah)
    • Perak Roadways (jika anda dari Lenggong, Sempadan Thailand dan Ipoh)
    • Syarikat Red & Yellow (jika anda dari Bandar Taiping atau Kuala Kangsar)
    • SKMK (jika anda dari daerah-daerah di Kelantan)
    - Syarikat Red & Yellow di Stesen Bas K. Kangsar dan terus ke Gerik. Bas(bas lompat-lompat) 1 jam sekali, ada teksi... tapi SENANG CERITA kalau ada kereta,motor sendiri LEBIH BAIK!! naik bas nie memang menguji kesabaran...dgn condition bas ibarat mati tak mahu hidup segan... lagi2 org jakun macam aku yang tak pernah naik bas kampung....lagi la... ishk...ishk...tak reti betul nak bersyukur...sbb itu je bas yang ada nasib baik kalau tak haru la nak balik KL..

    Jika anda memilih dengan menaiki keretapi dari mana-mana destinasi diseluruh Semenanjung Malaysia, stesen yang paling hampir ialah stesen keretapi K. Kangsar. Dari bandar K. Kangsar, anda boleh menaiki teksi ataupun kenderaan awam.Kan best kalau ada keretapi ke Gerik...
    • Ikuti pesanan ini

    Pemandangan yang  Biasa jalan gi Kelantan Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli.Memang banyak gajah terutamanya jalan ke Kelantan..yela memang kawasan diorang,so hati-hati di jalan raya..



    KEISTIMEWAAN GERIK
    Di sebalik kekurangan,ada kelebihan...takkan takde langsung ye tak..
    # Gerik terkenal dengan air bukit
    ...dah la bersih...sedap plak tue..penapis semulajadi...tak yah beli penapis...
    pegi kawasan bukit tempat orang tadah air...isi air dalam botol...senang...
    # Byk tempat bersejarah macam kat Lenggong- tempat penempatan manusia zaman batu...WARISAN SEJARAH DUNIA tue...Kalau sesiapa nak tahu camana keindahan Lenggong(tengok filem Sara lakonan Ida Nerina dan Shamsul Ghau-ghau)
    # Tempat Pemprosesan Bijih Timah....sampai sekarang masih ada....Rahman Hidrolik(RHT)- famous(banyak kali masuk tv)
    # Hutan Belum...Hutan Simpan yang tertua di Malaysia---tempat rekreasi yang adventure
    # Ada banyak burung layang-layang al walet....diorang selalu tido kat wayar2 lampu kat bandar Gerik...tapi sekarang dah maju...dah komersil..pengusaha sudah mula buat rumah untuk burung al walit-ada sampai tiga tingkat...

    Kesimpulannya,tak sangka Famous juga Gerik ni sebenarnya,cuma aku je tak tahu dan tak ambil tahu...Tapi sekarang dah tahu...Mesti bangga orang Gerik,kalau diorang baca...
    excited betul cerita!sebelum nie bukan main sedih lagihe..he... Sesamala kita berkongsi ilmu...
    laman web gerik: http://www.gerik.gov.my/


    note: Pengkalan hulu dan lenggong memang bukan dalam daerah gerik tetapi ia adalah bandar terhampir dengan bandar Gerik,apatah lagi ia bawah satu daerah besar iaitu Hulu Perak.

    Friday, December 10, 2010

    My favourite

    Atashinsi No Danshi
    Playful Kiss
    Vampire Diaries

    Kelebihan kerja kerajaan

    Tahukah anda??

    Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

    1.Elaun perumahan
    ==================
    Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

    2.Cost of living allowance (COLA)
    ==================================
    Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

    3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
    ====================================
    Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

    4. Kenaikan gaji setiap tahun
    ================================
    Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

    5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
    ============================================
    Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

    6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
    =====================================
    Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

    7. Cuti bersalin
    =================
    Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

    8. Pinjaman perumahan
    ========================
    Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

    9. Caruman KWSP atau pencen
    ============================
    Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

    10. Bersara pada umur 58 tahun
    ===================================
    Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

    11. Peluang kenaikan pangkat
    ==============================
    Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

    12. Peluang melanjutkan pelajaran
    ==================================
    Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

    13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
    ============================================
    Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

    14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
    ========================================
    Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


    Apapun terpulang kepada keputusan anda.....
    Bagi orang yang aktif dan produktif and gaji lumayan
    say NO to goverment...Better buat perniagaan sendiri @ keje swasta

    New career, New Place



    Alhamdullilah,
    akhirnya dapat juga kerjaya yang diimpikan(nak keje sama dgn bidang belajar...yela sekarang kan susah nak dapat yang sama bidang) sbg Pegawai Psikologi aka Kaunselor

    Namun dalam gembira ada sedih
    gembira sbb dapat kerja goverment tapi kena hanta jauh....
    takpe la mungkin ada hikmahnya( kata2 nak sedapkan hati)...
    cuba dulu kat hulu perak....kalau ada rezki balik kat KL balik....